Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, May 10, 2013

Kenali Jenis-Jenis Spinning Reel


Spinning Reel merupakan alatan terpenting dan popular digunkan oleh semua kaki pancing tidak kira di sungai, lombong, kolam berbayar dan laut. Ianya juga dikenali sebagai open reel amat menarik minat pengemar aktiviti ini kerana bagi mendapatkan seunit spinning reel para pemancing tidak perlu berbelanja besar tetapi masih mampu mendapatkan jenis-jenis spinning reel yang berkualiti baik. Pada terbitan ini, TGL ingin berkongsi maklumat tentang jenis-jenis spinning reel yang berada dipasaran.

Spin Cast Reel
Reel jenis ini mempunyai dua jenis fungsi yang sesuai digunakan iaitu "spinning" dan "casting". Teknik melempar umpan dan mengulungnya semula dengan kelajuan yang tertentu amat sesuai digunakan jika kita melakukanya dengan Spin Cast Reel.

Ciri-ciri Spin Cast Reel:-
- Menggunakan penutup yang berbentuk bulat dibahagian hadapan.
- Dihasilkan dengan menggunakan bahan daripada aluminium, stainless steel dan ada juga dari jenis 
  plastik (berkualiti rendah).
- Jenis drag ada terdapat dua jenis iaitu inner drag atau star drag.
- Handle biasanya berada disebelah kanan dan mempunyai dua jenis rekaan iaitu single grip power 
  handle dan dual grip power handle.

Free Runner Reel
Reel jenis ini disarankan untuk digunakan bersama umpan hidup dan ianya amat berkesan.

Surf Casting Reel
Amat sesuai digunakan oleh pemancing yang memerlukan jarak lemparan yang mempunyai jarak yang lebih jauh seperti lokasi memancing ditepi pantai.

Sekian

Terbitan TGL