Setelah lama menyepi, disini admin ingin berkongsi berberapa tips dan maklumat yang biasanya diabaikan oleh kaki-kaki pancing terutama bila ingin berjuang dilaut dalam mahupun dikawasan lautan sederhana dan pesisir pantai.
Bukan niat nak tunjuk pandai cuma sekadar berkongsi maklumat dan apa yang Admin tahu saja. Malah ada ramai geng2 Otai yang lebih berkeliber dan EXPERT dalam dunia lautan yang lebih berkelayakan...dengan izin...
Perkara perkara asas bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan semasa kita berjuang dilautan biasanya dikaitkan dengan hasil semulajadi lautan itu sendiri. UMPAN, PERALATAN MEMANCING dan yang lebih asas adalah JORAN yang kita bawa bersama.
UMPAN
Bermacam-macam jenis umpan boleh kita gunakan semasa trip memancing dilautan. Ada kalanya umpan-umpan yang lebih universal atau biasa digunakan bagi mereka yang lebih ingin mencari ikan-ikan yang sederhana dan bersaiz kecil. Disini Admin ingin menerangkan secara terperinci tentang setiap jenis umpan yang diketergorikan sebagai WAJIB GUNA oleh setiap pemancing dilautan.
SOTONG
Selain dari umpan sotong kita juga boleh menggunakan umpan udang hidup ataupun mati
UDANG
UDANG
Bagi yang ingin memikat ikan-ikan bersaiz XXL, disaran untuk menggunakan umpan ikan hidup yang boleh diperolehi dengan cara APOLLO.
IKAN
IKAN
Dalam menyediakan umpan bagi satu trip memancing, Disini disediakan panduan ringkan bagi mengelakkan kita kehabisan umpan terutama semasa pertarungan kita memang rancak dan tempat yang kita pilih sebagi POT memancing memang kena dengan keadaan lautan dan arus.
Jika kita membawa ahli sekitar 8 hingga 10 pemancing, kita memerlukan sekurankurangnya umpang sekitar 3 ke 4 kilo bagi setiap pemancing. Ini pun jika kita bercadang untuk berjuang dalam masa 4 jam ke 5 jam. Pastikan juga umpan back up seperti Sotong dan Udang ada dibawa bersama.
Dewasa ini, umpang atistik ataupun lebih dikenali sebagai gewang agak popular.
GEWANG
Diharapkan maklumat yang dikongsi diatas sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang masih setia dan bersemangat untuk terus mencabar diri dalam dunia pemancingan dilautan.
Sekian..untuk masa ini...Admin akan menyambung artikel yang seterusnya jika ada kelapangan.
Selamat berjuang semua.....