Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Laporan XPDC Tuas Yan

Perjalanan ke Yan kedah dimulakan dari Shah Alam pada malam 21 Sep'12 dan akan bertemu dengan sahabat dari Kedah yang telah ditetapkan perjumpaanya disebuah masjid didaerah Yan. Setelah solat subuh, perjalanan kami diteruskan meghala ke Jeti yang jaraknya dalam lingkungan 2KM dari masjid tadi. Dalam tekad hati semua ahli TGL, tanggal 22 Sep'12 akan dikenang sebagai saat yang ditunggu-tunggu kerana inilah pengalaman pertama kami dilubuk ini yang rata-ratanya belum pernah mengalaminya.
Setelah persiapan dilakukan, tiba-tiba kami lihat langit awal pagi yang indah tadi bertukar menjadi gelap pertanda hujan akan turun. Bagi kami kejadiaan ini biasa jer kerana pernah mengalaminya pada XPDC yang lalu. Setelah menunggu hampir satu jam, hujan yang turun tadi telah disertai dengan angin kencang dan ianya tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Akhirnya berita yang kami tunggu-tunggu tiba juga, tekong mengesahkan angin berserta ribut ini tidak akan reda dan mungkin akan membawa ketengahari. Setelah berbincang dengan sahabat TGL dari kedah (Wan & Din), kami bersetuju untuk menunda tarikh beraksi kepada esok hari. Macam biasalah, geng TGL yang sudah berumahtangga terus menghubungi pasangan masing-masing untuk menambah lesen mereka satu hari lagi. Setelah berkemas, semua ahli TGL terus menuju Yan bagi menikmati hidangan tengahari dirumah Wan sebelum ke Pendang bagi bermalam dirumah Din.


Tempoh rehat satu malam ini digunakan oleh semua ahli TGL bagi memperkemaskan peralatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi aksi keesokkan harinya.
Kami semua bertolak ke Jeti dari pendang selepas solat subuh dan pagi yang indah ini menandakan bahawa keputusan untuk bermalam dan beraksi pada keesokkan harinya adalah pillihan yang tepat.
 Akhirnya kami sudah berada diatas bot untuk memulakan XPDC ke tuas.
Hairman dengan tengirinya......
Macam biasa...Zul tidak pernah mengecewakan.....
Kudin bergambar lagi??
Saudara Wan....

Admin ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua sahabat dari kedah ini (Din & Wan) kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pengalaman mereka bagi TGL menjayakan XPDC ini. Matlamat kami untuk beraksi diTuas Yan telahpun tercapai walaupun hasilnya biasa saja (bagi pandangan orang yang lebih berpengalaman diYan).

   Pengalaman ini amatlah berguna kepada semua ahli TGL yang menyertai XPDC pada kali ini. Kami telah banyak belajar pelbagai teknik yang berkesan bagi beraksi lagi di Tuas Yan. Setelah berbincang semua ahli TGL telah bersepakat untuk turun beraksi lagi dikawasan ini pada tahun hadapan dan kami akan bersedia dengan peralatann yang lebih sesuai pada XPDC yang akan datang.

Sekian

Terbitan TGL

Slip Knot

Pada kali ini, TGL ingin berkongsi dengan rakan-rakan cara mudah untuk mengikat knot pada mata kail. Ikatan pada kali ini dikenali sebagi slip knot.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mendapatkan ikatan yang baik:-

1. Masukkan tali perambut pada lubang yang terdapat dimata kail yang hendak diikat, lebihkan 25~30cm.
2. Tarik kedua hujung tali,sepanjang jari dan kail, tekan dihujung jari
3. Buat lilitan dengan hujung tali mengelilingi jari
4. Masukkan hujung tali melalui bawah lilitan
5. Tarik kedua-dua hujung tali bagi mengemaskan simpulan yang dibuat tadi.

Sekian

Terbitan TGL

Popper



Sementara mencari idea bagi menulis laporan xpdc tuas yan, minggu ini admin ingin berkongsi pengetahuan tentang satu lagi peralatan yang amat berguna ketikaturun ke laut.
"Popper" adalah umpan buatan yang terbuat dari fiber atau kayu yang umumnya memiliki bentuk dan jenis yang beragam. Ciri utama bahagian mulutnya yang lebar dan cekungan ke dalam. Keadaan mulut popper seperti inilah yang kemudian dapat menimbulkan aksi berupa percikan air khas semasa ianya beraksi dipermukaan air.
Popper dibuat semenarik mungkin, bentuk, warna, motif dibuat semirip mungkin dengan ikan umpan kerana popper direka untuk menipu ikan, sehinggakan ikan predator boleh tertarik untuk mengejar dan membahamnya.
Popper Hologram lebih baik, kerana :
  1. Rekaan popper lebih bagus dari popper biasa, kerana nampak lebih hidup.
  2. Dengan Hologram, popper lebih banyak memantulkan sinar cahaya kedalam air.
  3. Efek yang ditimbulkannya membuat ikan lebih tertarik untuk mendekatinya.
Cara Menggunakan
Cara penggunaan umpan popper adalah dengan melemparkannya ke lokasi perairan dan menariknya dengan menyentak-nyentak untuk minimbulkan efek suara dan percikan air yang akan menarik perhatian ikan. Pada umpan ini sudah terdapat dua mata kail yang akan mengait ikan sasaran. Penggunaannya memang lebih susah karena pemancing perlu berulang-ulang melemparkanya ke permukaan air.
Jenis Popper
Popper ada 2 jenis, iaitu :
  1. Chugger, popper ini dapat dikenali dari bentuk mulutnya yang besar, seperti cawan atau mangkok. Semasa dimainkan, popper ini akan mengeluarkan suara seperti “Pop..pop..pop” dan splash air yang besar. popper jenis chugger ini kebanyakan menjadi kegemaran para mania popping kerana action dan suaranya. Chugger baik digunakan pada kondisi air yang rata, percikannya kelihatan sangat cantik, cuma popper ini agak berat semasa dimainkan kerana mulutnya yang seperti cawan menahan arus air kedepan.
  1. Swimmer, popper ini dapat dilihat dari bentuk mulutnya yang kecil, dan biasanya rata. “swimmer” daripada namanya kita boleh simpulkan umpan ini berenang dengan pelbagai gaya, ada yang kanan kiri-kanan kiri, zig zag, ada yang kepalanya beraksi secara menyelam dan timbul. Ada juga yang lurus aja semasa ditarik seperti Topedo. Swimmer sangat bagus untuk menggoda GT, popper ini baik digunakan pada kondisi air beralun, dimana keadaan air tidak menentu dan berombak.
Diharapkan maklumat tentang Popper ini dapat membantu memantopkan lagi hasil tangkapan rakan-rakan semua.
Sekian
Terbitan TGL

XPDC ke Tuas Yan



Setelah berehat panjang, kali ini TGL akan melakukan xpdc yang seterusnya...destinasi pada kali ini...YAN. Lokasi ini telah banyak diperkatakan oleh ramai kaki-kaki pancing terutamanya tentang pengalaman mereka beraksi dengan tenggiri yang sentiasa lapar dan aktif.
Terdapat dua jenis spesis tenggiri dan pelbagai jenis ikan yang lain menunggu kami disana antaranya...geropoh (GT), belitung, talang dan alu-alu, jenahak, kerapu.


Disini juga TGL ingin berkongsi tentang bentuk dan jenis casting yang paling effective untuk digunakan disana jika mengidam untuk mendapatkan ikan yang terbaik
.

Sekian.
Terbitan TGL

Tarikh & Arus

Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang pertalian tarikh hijrah dan keadaan arus dilautan samaada dipantai timur mahupun pantai barat. Setelah lebih 5 tahun menggunakan panduan ini setiap kali ingin memilih tarikh beraksi, dengan ini TGL ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian.

12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
- arus deras dan tinggi.
- pasang lebih lama dari surut.
- batu ladung 30 keatas.
- tidak sesuai untuk memancing.

2.Laut pantai timur
- arus mati yang panjang sebelah malam
- surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh
1.Selat dan sungai
- pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
- ikan sensitif pada penglihatan.

26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap
1.Selat dan sungai
- arus mulai besar dengan arus semakin laju
- surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
- air keruh terutamanya waktu surut
- tidak sesuai memancing.

2.Laut pantai timur
- arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
- arus mati tapi pendek sebelah malam
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
- surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
- ikan sensitif pada penglihatan.


Terbitan TGL

Laporan Trip Rompin (7 July'12)

Setelah sebulan menunggu kini tibalah masanya bagi TGL sekali lagi turun untuk beraksi, lokasinya...perairan rompin. Perjalanan dimulakan dengan perjumpaan semua ahli TGL dikawasan R&R dengkil pada jam 10:30 malam. Kali ini cuma 9 ahli dan sahabat TGL yang akan beraksi.. Dengan ketiadaan "Radio Buruk" dan berberapa ahli tegar, trip pada kali ini dijangka kurang riuh seperti kebiasaanya.

Tepat jam 11;00 malam, kami memulakan perjalanan ke kuala rompin. Kena bertolak awal sebab nak rehat yang secukupnya sebelum beraksi. Perjalanan selama mengambil masa selama 3 jam 30 min sebelum kami sampai di bandar kuala rompin.

Nak dijadikan cerita, plan nak tidur kat tepi pantai kena cancel sebab dapat undangan bermalam dirumah salah seorang ahli keluarga TGL. Malas nak pikir...kami pun belahlah kesana. Lagipun selesa sikit dapat tidur kat dalam rumah.

Awal pagi semuanya dah bersiap sedia untuk beraksi...badanpun dah segar sikit.
Kami tiba dijeti tepat jam 10:30pagi dan persediaan pun bermula. Tak sabar rasanya nak turun kali nie...



Sekian....

Terbitan TGL

Cara Memastikan Udang Hidup Bertahan Lama



Tanggal 7/7/2012 ini adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli TGL kerana selepas dua tahun berlalu, sekali lagi TGL akan turun di perairan Rompin. Admin masih ingat lagi kejadian yang telah berlaku dan disinilah terbitnya idea bagi meletakkan logo "Mabokgaban" pada T-shirt TGL.
Kali ini TGL ingin berkongsi lagi maklumat kepada para pemancing terutamanya dilautan tentang bertapa pentingnya untuk mempunyai umpan-umpan yang sentiasa segar sebagai senjata. Bagi pemancing dilaut umpan udang mungkin sudah tidak asing lagi, terutama bagi pemancing yang hobinya mancing didasaran dengan target ikan kakap merah atau GT. Tetapi adakalanya umpan udang hidup yang sudah kita siapkan dari rumah ketika sampai dilokasi sudah banyak yang mati, akibat dari cara yang kurang tepat dalam membawanya.
Udang adalah haiwan "crustacea" yang terkenal sebagai sumber makanan penting bagi hidupan-hidupan laut dan berbagai jenis ikan. Keadaan udang yang masih hidup menyebabkan umpan ini menjadi bergerak – gerak secara asal sehingga lebih menarik ikan pemangsa. Keadaan udang segar ini juga akan  menyebabkan ianya lebih disukai ikan. Tips memancing ikan didasar laut adalah umpan yang tepat dan ianya adalah kunci kejayaan pemancing itu sendiri.
Berikut ini beberapa tips yang mungkin boleh digunakan agar umpan udang yang akan kita gunakan sentiasa tetap segar dan hidup pada saat kita sampai dilokasi (udang yang dimaksud disini adalah udang hidup).
1. Masukan 2 bungkus air batu kedalam cool box mariner 35 liter (untuk perbandingan dimensi saja) untuk menjaga suhu supaya tidak terlalu sejuk buat udang.
2. Taburkan daun pisang yang dihiris-hiris  4cm kemudian diremas sampai patah hingga menutupi seluruh dasar cool box beserta air batu.ini bertujuan untuk menahan supaya wap air batu tidak menyentuh udang karana pada keadaan ini udang pasti akan mati jika terkena embun air batu.
3. Sediakan pemisah kira-kira 30 cm supaya terdapat ruang kosong untuk menyimpan suhu ideal buat udang.
4. Tempatkan jaring diatas pemisah tadi.
6. Bagi jenis udang putih, gunakan "aerator" untuk menambah jumlah oxygen didalam air.
Yang paling penting dari semua langkah diatas adalah: belilah udang terus daripda pembekal udang segar yang jaraknya dari lokasi memancing tidak terlalu jauh.
Selamat mencuba

Terbitan TGL

Aktiviti Bulan Julai


Aktiviti ini dikhaskan untuk ahli-ahli TGL dan rakan kenalan sahaja.

Halia & Bawang Putih



Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang dua bahan terpenting bagi menghadapi saat kesukaran. Bawang putih dan halia merupakan kombinasi terbaik bagi merawat luka yang disebabkan tusukan duri ikan ataupun gigitan berbisa. Ini kerana kepanasan campuran halia dan bawang putih dapat menyerap kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan tadi. Perlu diingat, bahagian yang luka itu perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum campuran bawang putih dan halia yang telah ditumbuk diletakkan diatas bahagian yang luka.
Langkah diatas lebih merupakan rawatan segera yang mampu mengurangkan rasa bisa sahaja. Rawatan klinikal yang lebih teratur perlulah disusuli selepas itu.

Terbitan TGL

Ikatan Umpan Terbaik

Sempena mood untuk turun mencuba diperairan mersing dan pulau pemanggil nanti, TGL ingin berkongsi teknik dan maklumat tentang ikatan-ikatan umpan yang paling berkesan jika kita ingin memperolehi hasil yang baik. Memancing dilaut tidaklah sama keadaannya dengan memancing disungai ataupun kolam, pemancing perlu mempunyai kepelbagaian dan daya kreativiti serta semangat juang yang tinggi. Keadaan umpan yang menarik akan menaikkan semangat ikan-ikan untuk mengejarnya.

Berikut adalah berberapa teknik yang berkesan untuk memasang umpan anda


Ikan hidup dengan satu mata kail


Ikan hidup dengan dua mata kail


Hirisan ikan dengan dua mata kail

Sotong dengan dua mata kail

Sotong dengan satu mata kail,Mata kail digunakan untuk menjalin perambut bagi menjadikannya lurus.

Hirisan ikan dengan satu mata kail. Mata kail digunakan untuk menjalin perambut bagi menjadikannya lurus.

Dengan ini diharapkan semua peminat aktiviti memancing dilaut dapat mencuba teknik-teknik yang telah dikongsikan diatas.

Terbitan TGL

Laporan XPDC Pulau Angsa


Seperti yang dijanjikan TGL akan menyediakan laporan XPDC ke Pulau Angsa yang telah menjadi medan pemanas badan sebelum ke Pulau Pemanggil nanti.
Perjalanan kami dimulakan di jeti bagan sungai buluh yang terletak berhampiran dengan pantai jeram. Tepat jam 7:00 pagi semua ahli telah tiba ke destinasi yang ditetapkan dan membuat sedikit persediaan ringkas sebelum menaiki bot yang kami sewa. Suasana pagi yang tenang amat mengembirakan kami semua kerana sebelum ini diberitakan kami bakal berhadapan dengan hujan. Ini disahkan lagi dengan hujan yang tidak berhenti-henti bermula pada petang jumaat sehinggalah subuh. Kedengaran berita bahawa banyak tempat telah ditenggelami air disebabkan hujan yang berterusan.


Semangat giler...nak test pulau angsa.





Tepat jam 8:15 pagi... perjalanan kami bermula dan jangkaan perjalanan ke lubuk yang pertama hanya mengambil masa 30min sahaja.
 

Tidak sampai seminit, terlihat adik dan zul (radio buruk) telah mendapatkan tangkapan yang pertama. Ikan tiga gigi telah menjadi mangsa pertama kami. Tarikan demi tarikan tidak putus-putus kami semua rasai hinggakan nak hisap rokok pun seksa. Aduh..meriah sungguh pagi itu. Ikan tiga gigi, gelama dan pari tuke telah berjaya kami semua naikkan. Setelah jam 12:00 tengahari, kami berpindah ke lubuk kedua. Kata tekong..lubuk tersebut dipanggil tukun tayar dan jika kami bernasib baik senohong dan pari besar bakal kami naikkan.

Seperti biasa aksi yang berlaku disebelah pagi juga berlaku pada lubuk kedua ini. Malangnya kelibat senohong dan pari besar masih juga gagal dikesan. Keadaan ini berterusan hinggalah kami berpindah semula berhampiran lubuk yang pertama tadi.

Tepat jam 4:00 petang, tekong memberi arahan supaya kami bersedia untuk pulang. Ini kerana kelihatan air laut sudah bertukar menjadi kekuningan. Kebiasaanya ikan tidak akan memakan umpan kerana kepekatan air laut sudah berkurangan.



Kami tiba dipengkalan pada jam 5:40 petang kerana jarak diantara lubuk terakhir tadi tidaklah jauh dari pengkalan. Walaupun agak terkilan dengan perubahan keadaan air laut tadi, kami tetap berasa gembira kerana hasil pada aksi pemanas badan ini agak baik.



Setelah mencongak hasil tangkapan, antara 40 ker 45KG ikan bersaiz sederhana telah berjaya kami daratkan. Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan trip kali ini. Jadilah...nah harap lebih-lebihpun susah juga. Nantikan laporan pancing yang lebih menarik lagi bila TGL pulang daripada beraksi di Pulau Pemanggil.

Terbitan TGL

Ikatan-ikatan Kail



Mengetahui asas teknik untuk mengikat mata kail dan peralatan berkaitan amatlah penting jika kita ingin menjadi seorang pemancing yang berjaya. Hasil tangkapan amat bergantung penuh kepada kekemasan ikatan mata kail kerana ianya akan menentukan keadaan umpan kita semasa berada didalam air. Ikatan mata kail yang kurang cermat dan kemas akan menyebabkanya mudah terlucut semasa beraksi. Ini biasanya akan mematahkan semangat juang seseorang kaki pancing terutama mereka yang masih baru didalam aktiviti ini. Ikatan yang tidak kemas juga kan menyebabkan keadaan umpan kita tidak dapat menarik pemangsa kerana keadaannya yang tidak seperti kehidupan didasar air yang lain. Kekecewaan inilah yang akan menyebabkan seseorang kaki pancing itu akan mudah patah semangat.
Kali ini TGL akan berkongsi teknik-teknik yang selalunya digunakan oleh kaki-kaki pancing yang sememangnya sudah arif dan mahir. Dengan menggunakan penerangan bergambar, diharap ianya dapat membantu.

Ikatan Simpulan Mudah

Ikatan Loop


Ikatan Barkely

Bimini Twist

Ikatan T


Jenis-jenis ikatan lain









Terbitan TGL