Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Laporan XPDC Tuas Yan

Perjalanan ke Yan kedah dimulakan dari Shah Alam pada malam 21 Sep'12 dan akan bertemu dengan sahabat dari Kedah yang telah ditetapkan perjumpaanya disebuah masjid didaerah Yan. Setelah solat subuh, perjalanan kami diteruskan meghala ke Jeti yang jaraknya dalam lingkungan 2KM dari masjid tadi. Dalam tekad hati semua ahli TGL, tanggal 22 Sep'12 akan dikenang sebagai saat yang ditunggu-tunggu kerana inilah pengalaman pertama kami dilubuk ini yang rata-ratanya belum pernah mengalaminya.
Setelah persiapan dilakukan, tiba-tiba kami lihat langit awal pagi yang indah tadi bertukar menjadi gelap pertanda hujan akan turun. Bagi kami kejadiaan ini biasa jer kerana pernah mengalaminya pada XPDC yang lalu. Setelah menunggu hampir satu jam, hujan yang turun tadi telah disertai dengan angin kencang dan ianya tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Akhirnya berita yang kami tunggu-tunggu tiba juga, tekong mengesahkan angin berserta ribut ini tidak akan reda dan mungkin akan membawa ketengahari. Setelah berbincang dengan sahabat TGL dari kedah (Wan & Din), kami bersetuju untuk menunda tarikh beraksi kepada esok hari. Macam biasalah, geng TGL yang sudah berumahtangga terus menghubungi pasangan masing-masing untuk menambah lesen mereka satu hari lagi. Setelah berkemas, semua ahli TGL terus menuju Yan bagi menikmati hidangan tengahari dirumah Wan sebelum ke Pendang bagi bermalam dirumah Din.


Tempoh rehat satu malam ini digunakan oleh semua ahli TGL bagi memperkemaskan peralatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi aksi keesokkan harinya.
Kami semua bertolak ke Jeti dari pendang selepas solat subuh dan pagi yang indah ini menandakan bahawa keputusan untuk bermalam dan beraksi pada keesokkan harinya adalah pillihan yang tepat.
 Akhirnya kami sudah berada diatas bot untuk memulakan XPDC ke tuas.
Hairman dengan tengirinya......
Macam biasa...Zul tidak pernah mengecewakan.....
Kudin bergambar lagi??
Saudara Wan....

Admin ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua sahabat dari kedah ini (Din & Wan) kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi pengalaman mereka bagi TGL menjayakan XPDC ini. Matlamat kami untuk beraksi diTuas Yan telahpun tercapai walaupun hasilnya biasa saja (bagi pandangan orang yang lebih berpengalaman diYan).

   Pengalaman ini amatlah berguna kepada semua ahli TGL yang menyertai XPDC pada kali ini. Kami telah banyak belajar pelbagai teknik yang berkesan bagi beraksi lagi di Tuas Yan. Setelah berbincang semua ahli TGL telah bersepakat untuk turun beraksi lagi dikawasan ini pada tahun hadapan dan kami akan bersedia dengan peralatann yang lebih sesuai pada XPDC yang akan datang.

Sekian

Terbitan TGL