Perjalanan ke Yan kedah dimulakan dari Shah Alam pada malam 21 Sep'12
dan akan bertemu dengan sahabat dari Kedah yang telah ditetapkan
perjumpaanya disebuah masjid didaerah Yan. Setelah solat subuh,
perjalanan kami diteruskan meghala ke Jeti yang jaraknya dalam
lingkungan 2KM dari masjid tadi. Dalam tekad hati semua ahli TGL,
tanggal 22 Sep'12 akan dikenang sebagai saat yang ditunggu-tunggu kerana
inilah pengalaman pertama kami dilubuk ini yang rata-ratanya belum
pernah mengalaminya.
Setelah persiapan dilakukan, tiba-tiba kami
lihat langit awal pagi yang indah tadi bertukar menjadi gelap pertanda
hujan akan turun. Bagi kami kejadiaan ini biasa jer kerana pernah
mengalaminya pada XPDC yang lalu. Setelah menunggu hampir satu jam,
hujan yang turun tadi telah disertai dengan angin kencang dan ianya
tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Akhirnya berita yang kami
tunggu-tunggu tiba juga, tekong mengesahkan angin berserta ribut ini
tidak akan reda dan mungkin akan membawa ketengahari. Setelah berbincang
dengan sahabat TGL dari kedah (Wan & Din), kami bersetuju untuk
menunda tarikh beraksi kepada esok hari. Macam biasalah, geng TGL yang
sudah berumahtangga terus menghubungi pasangan masing-masing untuk
menambah lesen mereka satu hari lagi. Setelah berkemas, semua ahli TGL
terus menuju Yan bagi menikmati hidangan tengahari dirumah Wan sebelum
ke Pendang bagi bermalam dirumah Din.
Tempoh
rehat satu malam ini digunakan oleh semua ahli TGL bagi memperkemaskan
peralatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi aksi keesokkan harinya.
Kami
semua bertolak ke Jeti dari pendang selepas solat subuh dan pagi yang
indah ini menandakan bahawa keputusan untuk bermalam dan beraksi pada
keesokkan harinya adalah pillihan yang tepat.
Akhirnya kami sudah berada diatas bot untuk memulakan XPDC ke tuas.
Hairman dengan tengirinya......
Macam biasa...Zul tidak pernah mengecewakan.....
Kudin bergambar lagi??
Saudara Wan....
Admin
ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua sahabat dari
kedah ini (Din & Wan) kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi
pengalaman mereka bagi TGL menjayakan XPDC ini. Matlamat kami untuk
beraksi diTuas Yan telahpun tercapai walaupun hasilnya biasa saja (bagi
pandangan orang yang lebih berpengalaman diYan).
Pengalaman
ini amatlah berguna kepada semua ahli TGL yang menyertai XPDC pada kali
ini. Kami telah banyak belajar pelbagai teknik yang berkesan bagi
beraksi lagi di Tuas Yan. Setelah berbincang semua ahli TGL telah
bersepakat untuk turun beraksi lagi dikawasan ini pada tahun hadapan dan
kami akan bersedia dengan peralatann yang lebih sesuai pada XPDC yang
akan datang.
Sekian
Terbitan TGL
Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Friday, January 25, 2013
Slip Knot
Pada kali ini, TGL ingin berkongsi dengan rakan-rakan cara mudah untuk
mengikat knot pada mata kail. Ikatan pada kali ini dikenali sebagi slip
knot.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mendapatkan
ikatan yang baik:-
1. Masukkan tali perambut pada lubang yang terdapat dimata kail yang hendak diikat, lebihkan 25~30cm.
2. Tarik kedua hujung tali,sepanjang jari dan kail, tekan dihujung jari
3. Buat lilitan dengan hujung tali mengelilingi jari
4. Masukkan hujung tali melalui bawah lilitan
5. Tarik kedua-dua hujung tali bagi mengemaskan simpulan yang dibuat tadi.
Sekian
Terbitan TGL
1. Masukkan tali perambut pada lubang yang terdapat dimata kail yang hendak diikat, lebihkan 25~30cm.
2. Tarik kedua hujung tali,sepanjang jari dan kail, tekan dihujung jari
3. Buat lilitan dengan hujung tali mengelilingi jari
4. Masukkan hujung tali melalui bawah lilitan
5. Tarik kedua-dua hujung tali bagi mengemaskan simpulan yang dibuat tadi.
Sekian
Terbitan TGL
Labels:
Asas Pancing
Popper
Sementara mencari idea bagi menulis laporan xpdc tuas yan, minggu ini admin ingin berkongsi pengetahuan tentang satu lagi peralatan yang amat berguna ketikaturun ke laut.
"Popper" adalah umpan buatan yang terbuat dari fiber atau kayu yang umumnya memiliki bentuk dan jenis yang beragam. Ciri utama bahagian mulutnya yang lebar dan cekungan ke dalam. Keadaan mulut popper seperti inilah yang kemudian dapat menimbulkan aksi berupa percikan air khas semasa ianya beraksi dipermukaan air.
Popper dibuat semenarik mungkin, bentuk, warna, motif dibuat semirip mungkin dengan ikan umpan kerana popper direka untuk menipu ikan, sehinggakan ikan predator boleh tertarik untuk mengejar dan membahamnya.
Popper Hologram lebih baik, kerana :
- Rekaan popper lebih bagus dari popper biasa, kerana nampak lebih hidup.
- Dengan Hologram, popper lebih banyak memantulkan sinar cahaya kedalam air.
- Efek yang ditimbulkannya membuat ikan lebih tertarik untuk mendekatinya.
Cara penggunaan umpan popper adalah dengan melemparkannya ke lokasi perairan dan menariknya dengan menyentak-nyentak untuk minimbulkan efek suara dan percikan air yang akan menarik perhatian ikan. Pada umpan ini sudah terdapat dua mata kail yang akan mengait ikan sasaran. Penggunaannya memang lebih susah karena pemancing perlu berulang-ulang melemparkanya ke permukaan air.
Jenis Popper
Popper ada 2 jenis, iaitu :
- Chugger, popper ini dapat dikenali dari bentuk mulutnya yang besar, seperti cawan atau mangkok. Semasa dimainkan, popper ini akan mengeluarkan suara seperti “Pop..pop..pop” dan splash air yang besar. popper jenis chugger ini kebanyakan menjadi kegemaran para mania popping kerana action dan suaranya. Chugger baik digunakan pada kondisi air yang rata, percikannya kelihatan sangat cantik, cuma popper ini agak berat semasa dimainkan kerana mulutnya yang seperti cawan menahan arus air kedepan.
- Swimmer, popper ini dapat dilihat dari bentuk mulutnya yang kecil, dan biasanya rata. “swimmer” daripada namanya kita boleh simpulkan umpan ini berenang dengan pelbagai gaya, ada yang kanan kiri-kanan kiri, zig zag, ada yang kepalanya beraksi secara menyelam dan timbul. Ada juga yang lurus aja semasa ditarik seperti Topedo. Swimmer sangat bagus untuk menggoda GT, popper ini baik digunakan pada kondisi air beralun, dimana keadaan air tidak menentu dan berombak.
Sekian
Terbitan TGL
Labels:
Asas Pancing
XPDC ke Tuas Yan
Setelah berehat panjang, kali ini TGL akan melakukan xpdc yang seterusnya...destinasi pada kali ini...YAN. Lokasi ini telah banyak diperkatakan oleh ramai kaki-kaki pancing terutamanya tentang pengalaman mereka beraksi dengan tenggiri yang sentiasa lapar dan aktif.
Terdapat dua jenis spesis tenggiri dan pelbagai jenis ikan yang lain menunggu kami disana antaranya...geropoh (GT), belitung, talang dan alu-alu, jenahak, kerapu.
Disini juga TGL ingin berkongsi tentang bentuk dan jenis casting yang paling effective untuk digunakan disana jika mengidam untuk mendapatkan ikan yang terbaik
.
Sekian.
Terbitan TGL
Tarikh & Arus
Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang pertalian tarikh hijrah
dan keadaan arus dilautan samaada dipantai timur mahupun pantai barat.
Setelah lebih 5 tahun menggunakan panduan ini setiap kali ingin memilih
tarikh beraksi, dengan ini TGL ingin berkongsi dengan semua pembaca
sekalian.
12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
- arus deras dan tinggi.
- pasang lebih lama dari surut.
- batu ladung 30 keatas.
- tidak sesuai untuk memancing.
2.Laut pantai timur
- arus mati yang panjang sebelah malam
- surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh
1.Selat dan sungai
- pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.
2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
- ikan sensitif pada penglihatan.
26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap
1.Selat dan sungai
- arus mulai besar dengan arus semakin laju
- surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
- air keruh terutamanya waktu surut
- tidak sesuai memancing.
2.Laut pantai timur
- arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
- arus mati tapi pendek sebelah malam
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
- surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.
2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
- ikan sensitif pada penglihatan.
Terbitan TGL
12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
- arus deras dan tinggi.
- pasang lebih lama dari surut.
- batu ladung 30 keatas.
- tidak sesuai untuk memancing.
2.Laut pantai timur
- arus mati yang panjang sebelah malam
- surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh
1.Selat dan sungai
- pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.
2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
- ikan sensitif pada penglihatan.
26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap
1.Selat dan sungai
- arus mulai besar dengan arus semakin laju
- surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
- air keruh terutamanya waktu surut
- tidak sesuai memancing.
2.Laut pantai timur
- arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
- arus mati tapi pendek sebelah malam
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
- surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.
2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
- ikan sensitif pada penglihatan.
Terbitan TGL
Subscribe to:
Posts (Atom)









