Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Halia & Bawang Putih



Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang dua bahan terpenting bagi menghadapi saat kesukaran. Bawang putih dan halia merupakan kombinasi terbaik bagi merawat luka yang disebabkan tusukan duri ikan ataupun gigitan berbisa. Ini kerana kepanasan campuran halia dan bawang putih dapat menyerap kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan tadi. Perlu diingat, bahagian yang luka itu perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum campuran bawang putih dan halia yang telah ditumbuk diletakkan diatas bahagian yang luka.
Langkah diatas lebih merupakan rawatan segera yang mampu mengurangkan rasa bisa sahaja. Rawatan klinikal yang lebih teratur perlulah disusuli selepas itu.

Terbitan TGL

Ikatan Umpan Terbaik

Sempena mood untuk turun mencuba diperairan mersing dan pulau pemanggil nanti, TGL ingin berkongsi teknik dan maklumat tentang ikatan-ikatan umpan yang paling berkesan jika kita ingin memperolehi hasil yang baik. Memancing dilaut tidaklah sama keadaannya dengan memancing disungai ataupun kolam, pemancing perlu mempunyai kepelbagaian dan daya kreativiti serta semangat juang yang tinggi. Keadaan umpan yang menarik akan menaikkan semangat ikan-ikan untuk mengejarnya.

Berikut adalah berberapa teknik yang berkesan untuk memasang umpan anda


Ikan hidup dengan satu mata kail


Ikan hidup dengan dua mata kail


Hirisan ikan dengan dua mata kail

Sotong dengan dua mata kail

Sotong dengan satu mata kail,Mata kail digunakan untuk menjalin perambut bagi menjadikannya lurus.

Hirisan ikan dengan satu mata kail. Mata kail digunakan untuk menjalin perambut bagi menjadikannya lurus.

Dengan ini diharapkan semua peminat aktiviti memancing dilaut dapat mencuba teknik-teknik yang telah dikongsikan diatas.

Terbitan TGL

Laporan XPDC Pulau Angsa


Seperti yang dijanjikan TGL akan menyediakan laporan XPDC ke Pulau Angsa yang telah menjadi medan pemanas badan sebelum ke Pulau Pemanggil nanti.
Perjalanan kami dimulakan di jeti bagan sungai buluh yang terletak berhampiran dengan pantai jeram. Tepat jam 7:00 pagi semua ahli telah tiba ke destinasi yang ditetapkan dan membuat sedikit persediaan ringkas sebelum menaiki bot yang kami sewa. Suasana pagi yang tenang amat mengembirakan kami semua kerana sebelum ini diberitakan kami bakal berhadapan dengan hujan. Ini disahkan lagi dengan hujan yang tidak berhenti-henti bermula pada petang jumaat sehinggalah subuh. Kedengaran berita bahawa banyak tempat telah ditenggelami air disebabkan hujan yang berterusan.


Semangat giler...nak test pulau angsa.





Tepat jam 8:15 pagi... perjalanan kami bermula dan jangkaan perjalanan ke lubuk yang pertama hanya mengambil masa 30min sahaja.
 

Tidak sampai seminit, terlihat adik dan zul (radio buruk) telah mendapatkan tangkapan yang pertama. Ikan tiga gigi telah menjadi mangsa pertama kami. Tarikan demi tarikan tidak putus-putus kami semua rasai hinggakan nak hisap rokok pun seksa. Aduh..meriah sungguh pagi itu. Ikan tiga gigi, gelama dan pari tuke telah berjaya kami semua naikkan. Setelah jam 12:00 tengahari, kami berpindah ke lubuk kedua. Kata tekong..lubuk tersebut dipanggil tukun tayar dan jika kami bernasib baik senohong dan pari besar bakal kami naikkan.

Seperti biasa aksi yang berlaku disebelah pagi juga berlaku pada lubuk kedua ini. Malangnya kelibat senohong dan pari besar masih juga gagal dikesan. Keadaan ini berterusan hinggalah kami berpindah semula berhampiran lubuk yang pertama tadi.

Tepat jam 4:00 petang, tekong memberi arahan supaya kami bersedia untuk pulang. Ini kerana kelihatan air laut sudah bertukar menjadi kekuningan. Kebiasaanya ikan tidak akan memakan umpan kerana kepekatan air laut sudah berkurangan.



Kami tiba dipengkalan pada jam 5:40 petang kerana jarak diantara lubuk terakhir tadi tidaklah jauh dari pengkalan. Walaupun agak terkilan dengan perubahan keadaan air laut tadi, kami tetap berasa gembira kerana hasil pada aksi pemanas badan ini agak baik.



Setelah mencongak hasil tangkapan, antara 40 ker 45KG ikan bersaiz sederhana telah berjaya kami daratkan. Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan trip kali ini. Jadilah...nah harap lebih-lebihpun susah juga. Nantikan laporan pancing yang lebih menarik lagi bila TGL pulang daripada beraksi di Pulau Pemanggil.

Terbitan TGL

Ikatan-ikatan Kail



Mengetahui asas teknik untuk mengikat mata kail dan peralatan berkaitan amatlah penting jika kita ingin menjadi seorang pemancing yang berjaya. Hasil tangkapan amat bergantung penuh kepada kekemasan ikatan mata kail kerana ianya akan menentukan keadaan umpan kita semasa berada didalam air. Ikatan mata kail yang kurang cermat dan kemas akan menyebabkanya mudah terlucut semasa beraksi. Ini biasanya akan mematahkan semangat juang seseorang kaki pancing terutama mereka yang masih baru didalam aktiviti ini. Ikatan yang tidak kemas juga kan menyebabkan keadaan umpan kita tidak dapat menarik pemangsa kerana keadaannya yang tidak seperti kehidupan didasar air yang lain. Kekecewaan inilah yang akan menyebabkan seseorang kaki pancing itu akan mudah patah semangat.
Kali ini TGL akan berkongsi teknik-teknik yang selalunya digunakan oleh kaki-kaki pancing yang sememangnya sudah arif dan mahir. Dengan menggunakan penerangan bergambar, diharap ianya dapat membantu.

Ikatan Simpulan Mudah

Ikatan Loop


Ikatan Barkely

Bimini Twist

Ikatan T


Jenis-jenis ikatan lain









Terbitan TGL

Depth Sounder dan GPS


Mencari lokasi memancing dan mengenalnya pada masa dahaulu biasanya dilakukan oleh tekong-tekong yang berpengalaman. Kita sebagai kaki pancing hanya boleh mengingat kawasan lokasi tetapi dilautan kebolehan kita untuk mengingat dengan tepat lokasi tersebut amatlah sukar.

Dialaf baru ini pelbagaai teknologi telah diperkenalkan dan dengan tidak secara langsung akan lebih memudahkan kita untuk mencari dan boleh pada bila-bila masa mengulangi ke lubuk yang sama. Pada kali ini TGL ingin memberikan sedikit pengetahuan tentang teknologi baru ini. Kini tugasan mencari lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan GPS (Global Positioning System) dan tugasan mengesan lubuk ikan bolehlah dilakukan oleh Depth Sounder. Kedua-dua alatan ini bukan sahaja digunakan oleh kaki pancing malahan ianya telahpun digunakan dengan secara meluas oleh semua nelayan-nelayan dinegara kita. Ini dapat memudahkan tugas mereka dengan mempercepatkan proses menangkap ikan.

GPS (Global Positioning System)

GPS  digunakan untuk menandakan lokasi yang diwakili oleh sederetan angka yang dikenali sebagai koordinat. Tidak ada tempat yang memiliki titik koordinat yang sama di permukaan bumi ini, masing-masing adalah unik, seunik cap jari kita sendiri.Alat inilah yang membantu kita untuk mudah mencari lokasi, menanda dan kita akan boleh datang semula kelokasi yang sama pada masa akan datang dengan mudah walaupun dilautan yang luas.



GPS boleh menanda dan menyimpan koordinat hanya dengan menekan beberapa tombol saja. Jadi GPS  berfungsi sebagai penanda lokasi atau spot mancing yang kita temui. Banyak bentuk dan model di buat oleh pengeluar GPS di dunia ini, dan gambar yang terpasang di sebelah adalah tipe GPS handheld yang bisa dibawa kemana saja, karena kemampuannya mengambang di air, ini adalah GPS handheld yang paling sesuai untuk orang yang banyak bermain di air, baik danau ataupun dilautan.

Depth Sounder


Depth Sounder, satu lagi alatan cangih yang digunakan bagi mengesan kedalaman laut, keadaan dasar dan juga kehidupannya. Dengan ini kita akan juga mengetahui jumlah ikan dikawasan tersebut. Caranya mudah, gelombang akan dipancarkan kedasar laut dan gelombang tersebut akan dipantulkan semula kepermukaan.

Ada 2 frekuensi yang biasanya di gunakan oleh Depth Sounder ini,50kHz, dan satunya lagi 200kHz. Kalau kita set sounder di 50kHz, maka akan semakin besar kawasan yang di rangkumi di dasar laut, tetapi detailnya kurang jelas. Untuk mencari lokasi karang atau cetek, kita gunakan yang 200kHz.

Diharapkan dengan penjelasan ini dapatlah kita mengetahui ilmu baru yang akan menjadi satu lagi peralatan penting dalam dunia memancing.

Terbitan TGL