Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang dua bahan terpenting bagi menghadapi saat kesukaran. Bawang putih dan halia merupakan kombinasi terbaik bagi merawat luka yang disebabkan tusukan duri ikan ataupun gigitan berbisa. Ini kerana kepanasan campuran halia dan bawang putih dapat menyerap kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan tadi. Perlu diingat, bahagian yang luka itu perlulah dibersihkan terlebih dahulu sebelum campuran bawang putih dan halia yang telah ditumbuk diletakkan diatas bahagian yang luka.
Langkah diatas lebih merupakan rawatan segera yang mampu mengurangkan rasa bisa sahaja. Rawatan klinikal yang lebih teratur perlulah disusuli selepas itu.
Terbitan TGL