Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Depth Sounder dan GPS


Mencari lokasi memancing dan mengenalnya pada masa dahaulu biasanya dilakukan oleh tekong-tekong yang berpengalaman. Kita sebagai kaki pancing hanya boleh mengingat kawasan lokasi tetapi dilautan kebolehan kita untuk mengingat dengan tepat lokasi tersebut amatlah sukar.

Dialaf baru ini pelbagaai teknologi telah diperkenalkan dan dengan tidak secara langsung akan lebih memudahkan kita untuk mencari dan boleh pada bila-bila masa mengulangi ke lubuk yang sama. Pada kali ini TGL ingin memberikan sedikit pengetahuan tentang teknologi baru ini. Kini tugasan mencari lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan GPS (Global Positioning System) dan tugasan mengesan lubuk ikan bolehlah dilakukan oleh Depth Sounder. Kedua-dua alatan ini bukan sahaja digunakan oleh kaki pancing malahan ianya telahpun digunakan dengan secara meluas oleh semua nelayan-nelayan dinegara kita. Ini dapat memudahkan tugas mereka dengan mempercepatkan proses menangkap ikan.

GPS (Global Positioning System)

GPS  digunakan untuk menandakan lokasi yang diwakili oleh sederetan angka yang dikenali sebagai koordinat. Tidak ada tempat yang memiliki titik koordinat yang sama di permukaan bumi ini, masing-masing adalah unik, seunik cap jari kita sendiri.Alat inilah yang membantu kita untuk mudah mencari lokasi, menanda dan kita akan boleh datang semula kelokasi yang sama pada masa akan datang dengan mudah walaupun dilautan yang luas.



GPS boleh menanda dan menyimpan koordinat hanya dengan menekan beberapa tombol saja. Jadi GPS  berfungsi sebagai penanda lokasi atau spot mancing yang kita temui. Banyak bentuk dan model di buat oleh pengeluar GPS di dunia ini, dan gambar yang terpasang di sebelah adalah tipe GPS handheld yang bisa dibawa kemana saja, karena kemampuannya mengambang di air, ini adalah GPS handheld yang paling sesuai untuk orang yang banyak bermain di air, baik danau ataupun dilautan.

Depth Sounder


Depth Sounder, satu lagi alatan cangih yang digunakan bagi mengesan kedalaman laut, keadaan dasar dan juga kehidupannya. Dengan ini kita akan juga mengetahui jumlah ikan dikawasan tersebut. Caranya mudah, gelombang akan dipancarkan kedasar laut dan gelombang tersebut akan dipantulkan semula kepermukaan.

Ada 2 frekuensi yang biasanya di gunakan oleh Depth Sounder ini,50kHz, dan satunya lagi 200kHz. Kalau kita set sounder di 50kHz, maka akan semakin besar kawasan yang di rangkumi di dasar laut, tetapi detailnya kurang jelas. Untuk mencari lokasi karang atau cetek, kita gunakan yang 200kHz.

Diharapkan dengan penjelasan ini dapatlah kita mengetahui ilmu baru yang akan menjadi satu lagi peralatan penting dalam dunia memancing.

Terbitan TGL

Menuba Ikan



Minggu ini TGL ingin berkongsi lagi maklumat tentang dunia penangkapan ikan dinegara kita. Menuba ikan, sesuatu aktiviti penangkapan ikan yang klasik tetapi telah disalah gunakan dewasa ini oleh sesetengah orang bagi mendapatkan hasil tangkapan segera dimana racun "cap tengkorak" telah digunakan segaligus mencemarkan sungai-sungai kita.



Secara tradisional, teknik menuba ikan ini telah digunakan oleh sejak awal lagi. Ianya dilakukan dengan menggunakan sejenis akar daripada tumbuhan yang dikenali sebagai pohon tuba. Akar daripada tumbuhan ini mengandungi sejenis racun yang dikenali sebagai rotenone. Ianya amat sesuai untuk digunakan untuk menuba ikan disebabkan kesannya yang amat perlahan.



Pada kebiasaanya, akar tuba akan diikat serumpun dan hujungnya ditumbuk-tumbuk supaya getah ataupun racun tuba keluar daripadanya. Para penuba akan merendamkan akar ini dikawasan sasaran dan ikan akan mula kelihatan timbul kepermukaan air. Disaat inilah, ikan-ikan yang pening tadi akan dikutip.

Kesan:-
Jika digunakan terlalu banyak, ikan-ikan akan mati dan sukar dipulihkan.

Nasihat
Atas semangat cintakan alam sekitar, dinasihatkan para pemancing tidak sesekali menggunakan teknik ini. Ianya adalah disebabkan aktiviti menuba akan juga membunuh anak-anak ikan sekaligus merosakkan kehidupan persekitaran ditempat aktiviti menuba dilakukan.

Terbitan TGL

Ikan Terkuat Didunia


Kejutan fizikal dan mental, itulah yang dikatakan aksi yang paling optimum dimana semua otot-otot badan kita akan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang satu, menewaskan "Ikan Terkuat Didunia". Topik yang akan membawa semua kaki pancing mengenali apakah yang dikenali sebagai ikan terkuat itu.

Dengan menggunakan turutan 1 ~ 9, TGL akan berkongsi apakah kesukaran yang bakal dialami oleh para pemancing jika ingin mencubanya.

1. TUNA


Raja-mereka iaitu tuna bluefin, secara literal boleh memecahkan jantung anda kerana bentuknya yang seperti kepala torpedo-kepala, cepat tirus atau berbentuk semi bulan, membuatkan mereka menjadi makhluk renangan terpantas didunia.Pemancing-pemancing yang berperang dengan bluefin gergasi sering berakhir dengan masalah belakang. Ikan ini beratnya diantara 300~1,000 pound (rekod 1496).Sesungguhnya, makhluk berdarah panas ini seperti lembu-lembu jantan yang mengamuk laut.

2. MERLIN



3. STURGEON


4. TARPON



5. AMBERJACK



6. NIUGINI BASS



7. PIRAIBA



8. PIRARUCU



9. GIANT TREVALLY (GT)


Selamat mencuba.

Terbitan TGL

Spesies Ikan Terancam - 2



Acanthobrama hulensis adalah spesies ikan bersirip ray-dalam keluarga Cyprinidae. Habitat semula jadi adalah paya dan tasik air tawar di Tasik Hula di utara Israel. Acanthobrama hulensis kelihatan seperti sardin. Di Israel, ahli-ahli lain daripada genus sering dipanggil "sardin" dari segi masakan.

Penyaliran yang disengajakan Tasik Hula dalam tahun 1950-an yang membawa kepada kepupusan spesies ini, bersama-sama dengan ikan cichlid Tristramella intermedia. Acanthobrama hulensis kali terakhir dicatatkan pada tahun 1975
.



Alvord Trout ataupun Oncorhynchus clarki alvordensis, adalah satu subspesies trout kejam. Ia berasal dari musim bunga dan mencari makan dianak-anak sungai di tenggara Oregon, yang merupakan sebuah tasik yang besar semasa zaman ais serta mempunyai saliran terpencil menjadi sebahagian daripada Lembangan Besar hari ini. Ini adalah salah satu daripada taksa dua trout pembunuh kejam yang yang dikenali hybridized dan Rainbow trout sekitar 1920-an.



Gambusia Amistad (Gambusia amistadensis) adalah ikan kecil yang hanya terdapat diGoodenough Spring, Val Verde County, Texas, serta anak sungai Rio Grande. Spesies ini telah terhapus apabila pembinaan takungan Amistad dalam tahun 1968 semasa Spring Goodenough tenggelam di bawah kira-kira 70 kaki daripada paras air. Secara rasminya ikan ini telah disenaraikan sebagai ikan yang telah pupus pada tahun 1987 di Amerika oleh FWS.



Ash Meadows killifish (Empetrichthys merriami) pertama kali didokumentasikan oleh Gilbert (1893) dan sejarah membuktikan ianya banyak menduduki kawasan berhampiran Ash Meadows, Nye County, Nevada. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1948 dan dipercayai telah pupus pada awal tahun 1950-an, mungkin akibat perubahan habitat, dan persaingan dengan pemangsa.

Diterbitan akan datang TGL akan membongkar lagi spesies-spesies ikan yang telah ataupun akan pupus dimuka bumi ini. Diharap kita sama-sama berusaha membendungnya dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan pencemaran alam sekitar.

Terbitan TGL

Ikan Paling Berbahaya - Tidak Berbisa

Jerung mungkin ikan yang paling berbahaya bagi manusia, artikel kali ini TGL ingin berkongsi tentang spesies "Ikan yang paling berbise -tidak berbisa". Walaupun spesies ini tidak berbisa tetapi ianya amat berbahaya dan ganas.

1. Baracuda


Terdapat kira-kira 20 spesies ikan pemangsa yang dikenali sebagai baracuda. Mereka biasanya hidup di kawasan panas tropika. Baracuda adalah ikan menakutkan, ianya boleh membahayakan kepada manusia. Baracuda yang besar sangat diketahui kadang-kadang menyerang perenang. Ia boleh menyebabkan mudarat dengan gigi tajam bergerigi dan rahang yang kuat mengoyak; memotongan kulit anda. Baracuda yang besar mudah didapati / dilihat diperairan Hawaii.

2. Kerapu Giant (dusky-grouper)


Kerapu mempunyai beberapa set gigi, terletak di dalam mulut untuk bertindak sebagai raspers atau memegang gigi. Ikan ini akan teguk turun mangsanya menggunakan gigi untuk mengelakkan ikan daripada terlepas. Walaupun gigi tidak digunakan untuk koyak atau slash (sama dengan baracuda atau ikan jerung), masalah itu datang dari fakta bahawa beberapa ikan Kerapu boleh mencapai berat sebanyak 800paun Kebanyakan gigitan kepada manusia akan menyebabkan kecerderaan pada kulit dari bahagian belakang tangan dan jari, sering diikuti oleh jangkitan yang teruk.

3. Sea Bass



Sea Bass pada asasnya mudah dijumpai dalam air terbuka. Seperti "sepupu", ikan Kerapu, ia berpotensi dan berbahaya kerana saiznya yang besar. Gigitannya boleh mengeluarkan cebisan daging yang besar dari manusia.

4. Belut Moray



Seperti
baracuda, belut Moray diketahui menyerang manusia dan mengenakan gigitan ganas. Seseorang perlu berhati-hati dengannya apabila berada dikawasan terumbu dan di dalam air cetek.Namun, belut Moray tidak, secara semulajadi menjadi agresif ke arah orang, tetapi boleh menyerang apabila keadaan memaksa. Beberapa penyelam telah digigit oleh belut Moray, kadang-kadang keadaan mereka teruk. Belut Moray mempunyai gigi tajam yang direka untuk mengunci mangsa.


5. Surgeonfish



Sejenis ikan spesies tropika, tidak berbahaya kerana saiz mereka, tetapi kerana pada pangkal ekor surgeonfish yang digelar bilah tajam pisau cukur atau duri-duri seperti jarum yang boleh mengenakan potongan yang merbahaya tetapi tanpa racun.

Diharapkan maklumat ini dapat membantu kita semua supaya lebih berhati-hati ketika berada ditengah laut.

Terbitan TGL