Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Tips Memancing ikan dilaut

                              

Memancing ikan air laut adalah hobi yang amat popular pada masa kini, ianya dilakukan sama ada dari pinggir pantai hinggalah ke tengah laut dengan menggunakan bantuan kelengkapan memancing yang moden ataupun tradisional.
Terdapat berberapa teknik ataupun cara yang dilakukan oleh kaki-kaki pancing untuk mendapat kepuasan memancing mereka antaranya:
1.
Memancing ditepi pantai
2. Memancing tengah laut
3. Memancing permukaan laut

Selain itu masa untuk memancing ikan juga terbahagi kepada berberapa zone iaitu dilakukan pada siang hari (dari pagi hingga petang) dan juga malam hari. Namun semua kegiatan memancing di laut kadang selalu tergantung juga dengan keadaan cuaca di sekitarnya.Tidak semua pemancingan ikan di laut selalu berhasil dengan baik. Terutamannya dilaut, faktor cuaca atau faktor alam sangat berpengaruh pada hasil tangkapan. Faktor cuaca biasanya tergantung dari bermacam faktor

Faktor Cuaca di atas permukaan laut
Matahari dan Bulan
Terik tidaknya matahari pada siang hari kadang-kadang mempengaruhi kegiatan ikan, waktu memancing yang baik adalah pada saat menjelangnya pagi atau subuh, dimana secara biologisnya ikan baru keluar dari tidurnya dan mencari makan. Pemancingan bolehlah diteruskan hingga teriknya matahari yang terus bersinar tanpa adanya mendung dan gelap.
Dimalam hari pula tergantung kepada faktor ada atau tidaknya bulan.Pada waktu malam, memancing ikan yang baik adalah pada saat tidak ada bulan atau dengan kata lain pada saat tidak ada cahaya. Ini kerana kandungan garam pada air laut akan membantu membiaskan tali pancing didalam air disebabkan kehadiran cahaya bulan tadi. Dengan ini ikan akan mudah terlihat pada tali pancing dan juga ini menyebabkan umpan yang disediakan tidak akan disambarnya. Ianya amat berbeza pula jika kita hendak memancing udang ataupun mencandat sotong, cahaya terang daripada bulan amatlah diperlukan. Ini kerana spesis-spesis ini amat tertarik kepada pantulan cahaya.

Angin, Ombak dan Awan

Kelajuan tiupan angin juga mempengaruhi kegiatan ikan, ini karena besar atau tidaknya ombak adalah akibat dari tiupan angin. Jika memancing di tengah teluk yang curam semasa ombak besar ikan-ikan yang lebih kecil biasanya akan menuju ke teluk yang mengakibatkan ikan-ikan besar juga ikut ke dalam teluk untuk mencari mangsa.
Aliran angin juga bergantung kepada cuaca dan musim, jika mendung dan matahari terhalang atau redup, ikan laut juga biasanya akan berenang dan berada lebih kedalam air atau bahkan ke dasar laut. Semasa hujan atau musim hujan, jumlah ikan akan berkurangan, ini kerana paras ketumpatan kandungan garam akan berkurangan. Bila keadaan ini berlaku,kebanyakkan ikan akan bersembunyi didasar laut, terumbu karang ataupun tukun-tukun yang ada untuk mencari makanan. Selalunya hasil sipemancing akan merosot bila turun kelaut dalam keadaan tadi. Pada waktu-waktu biasa, jika terjadinya hujan ditengah laut dengan tempoh masa yang sekejap, ikan biasanya akan agresif dan bertambah lapar. Inilah masa yang amat sesuai untuk melabuh pancing kita.

Lain-lain perkara1. Suhu air laut - jika suhu baik dan agak panas ikan biasanya akan agresif dan jika suhu yang terlalu sejuk biasanya ikan akan lebih memencilkan diri.

2. Arus air laut - agak sukar untuk mendapatkan hasil yang baik jika kita memancing dalam keadaan arus yang deras, perlu diingat...keadaan angin sebenarnya tidak mempengaruhi kederasan arus air laut.

3. Kejernihan air laut - air laut yang keroh akan menyebabkan ikan kurang bermain dikawasan itu. Ini terbukti jika kita memancing dikawasan yang berasakan selut atau lumpur, biasanya ikan tidak berminat untuk menyambar umpan yang disediakan.

Maklumat-maklumat ini telah dirujuk dan sahkan. Sekian.

Terbitan TGL