Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Fasa Bulan/Matahari dan Memacing

Pengaruh Fasa Bulan (moon phase) Terhadap Kegiatan Mancing

Sedia maklum yang ramai diantara kaki pancing arif tentang kaitan kedudukan bulan pada orbit dengan aktiviti serta masa yang sesuai untuk turun memacing. Disini TGL ingin berkongsi maklumat yang lebih teknikal serta kaitan tentang peredaran bulan dengan matahari.

Semua pemancing tahu, bahawa waktu mancing yang terbaik adalah pada masa ikan aktif mencari makan. Biasanya diwaktu matahari terbenam atau matahari terbit. Tetapi yang kita kurang arif adalah jadual bulan terbit dan bulan terbenam yang masanya juga terjadi diwaktu siang atau malam. Sudah lama dihuraikan bahawa jadual masa tersebut ditambah lagi dengan fasa bulan (moon-phase) amat berpengaruh kepada aktiviti ikan, misalnya, masa mengawan, masa bertelur dan dalam hal ini termasuk juga masa berburu mangsanya. Dengan memahami konsep diatas dan kemampuan kita menjangka waktu bilanya matahari terbit/terbenam dan waktu bulan terbit/terbenam bersamaan dengan kedudukan fasa bulan baru/bulan mati (new moon) atau bulan purnama (full moon), kita akan dapat meningkatkan kemungkinan perolehan ikan pancingan. Rajah diatas adalah rujukkan yang perlu kita fahami bagi memantapkan kefahaman kita tentang konsep fasa bulan dan matahari.

Memilih Waktu Mancing Terbaik
Sebenarnya tidak sesukar yang kita bayangkan, masalahnya hanya apakah kita mampu mengetahui dengan tepat bilakah waktu matahari dan bulan akan terbit atau terbenam. Ikan akan paling aktif selama 90 menit disekitar keempat-empat  titik waktu tersebut (matahari terbit dan terbenam serta bulan terbit dan terbenam. Ini bermakna 45 minit sebelum dan setelah keempat-empat tempoh perubahan ini.
Mancing disekitar keempat-empat jadual harian ini akan membantu meningkatkan tangkapan kita, tapi seandainya kita dapat merencanakan dengan baik waktu mancing kita pada hari-hari sekitar Bulan Baru/Mati atau Bulan Purnama dan bijak menggunakan keempat-empat tempoh waktu di atas, hasil tangkapan kita akan pasti akan lebih baik. Jika anda terpaksa memilih antara waktu Matahari Terbit/Terbenam atau waktu Bulan Terbit/Terbenam, cadangan TGL supaya anda memilih saja waktu Bulan Terbit/Terbenam, karana kedudukan bulan pengaruhnya lebih besar daripada kedudukan matahari.
Selain itu juga, semua sedia maklum bahawa waktu sebelum/ sesudah subuh dan juga sebelum/sesudah magrib adalah masa yang terbaik untuk kita mendapatkan hasil yang baik, tetapi jika tempoh masa sesuai ini akan sentiasa terganjak mengikut terbit/terbenam matahari serta bulan. Ini perlu difahami dengan baik oleh kaki pancing bagi memastikan kita sentiasa berjaya mendaratkan ikan yang terbaik kerana tempoh masanya akan berubah-ubah setiap hari.

Pengaruh-Pengaruh Lainnya
1. Cuaca
Perubahan cuaca, sangat mempengaruhi kegiatan permakanan ikan. Tepat sebelum atau sesudah hujan-angin yang besar adalah waktu yang kiat biasanya akan mendapat hasil yang sangat lumayan.

2. Musim
Ikan akan sangat “galak” sewaktu perubahan musim, di negara yang mempunyai empat musim, waktu perubahan dari musim Sejuk kemusim Semi atau dari musim Panas kemusim Luruh tercatat sebagai waktu yang terbaik untuk memancing. Bagi kita di Asia tenggara, semestinya terjadi disetiap penghujung musim (kering dan hujan) yang selalunya terjadi disekitar September/Oktober dan April/Mei. Bagi yang ingin melalui pengalaman "mabok gaban", bolehlah mencubanya disekitar permulaan/akhir musim tengkujuh.
Sekian
Terbitan TGL