Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Mencandat sotong


Apa kata kali ini TGL mengajak anda bertukar selera daripada topik memancing kepada mencandat. Candat biasanya digunakan bagi mendapatkan sotong yang banyak terdapat dilautan negara kita. Teknik yang biasa digunakan untuk mencandat sotong adalah teknik casting. Candat yang biasanya digunakan adalah yang berukuran 2.0 – 3.5. Ukuran kecil adalah untuk sotong kecil dan size besar bagi sotong yang besar. Disarankan kita menggunakan candat bersekala pertengahan iaitu 2.5, ini disebabkan ianya dapat menghasilkan tangkapan sotong yang bersaiz kecil dan juga besar.
Mencandat sotong ini memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi, ini kerana jika pencandat sotong menarik sesuatu tangkapan itu dengan cara yang keras dan juga kasar, maka peluang mendapatkan hasil yang baik akan berkurangan. Tariklah sesuatu tangkapan itu dengan cara yang lembut tetapi "Mantop".
Terlebih dahulu diingatkan supaya anda mendapatkan candat sotong yang sesuai, carilah daripada jenis yang mengandungi GID ataupun fosfor.
Teknik Casting
Lempar jauh candat anda pada spot yang dituju. Tunggulah beberapa ketika dan cuba jangkakan masa yang sesuai dangan kedalam dasar laut dan bilakah candat anda akan cecah hampir kedasar laut, kemudian tariklah candat tadi perlahan-lahan. Jangan lupa untuk menghenjutkan candat anda sekali sekala semasa proses menarik tadi.
Anda juga boleh melakukannya dengan cara seperti bermain yo-yo, terutama jika anda mencuba dikawasan karang. Bila dalam 30 minit tidak ada tarikan,maka carilah lokasi yang lain.
Diharapkan panduan serba ringkas ini dapat membantu anda mendapatkan hasil yang diinginkan.
Terbitan TGL