Aktiviti penangkapan ikan dinegara kita ini bolehlah diketergorikan sebagai agak terkawal. Ini disebabkan oleh maklumat yang perlu disalurkan kepada para pemancing dan nelayan agak terhad. Disini TGL ingin bersama-sama membantu dan berkongsi pengetahuan kepada para pengemar aktiviti penangkapan ikan dinegara kita.
Sebagai sebuah negara yang diketergorikan sebagai "mega-biodiversiti" yang kaya dengan pelbagai spesies ekosistem, kita akan terdedah kepada kepupusan sumber-sumber perikanan jika aktiviti penangkapan ikan dan penjagaan habitat-habitat tidak dijaga.
Kesatuan Antarabangsa Pemulihan Alam Sekitar (IUCN) telah mengeluarkan senarai merah 18 jenis spesies ikan yang bakal pupus dalam jangka waktu terdekat jika aktiviti permulihan tidak dijalankan dengan kadar yang berkesan. Disini TGL ingin berkongsi sebahagian daripada 18 jenis spesies terancam itu dimana sebahagiannya adalah menjadi kegemaran kaki pancing dimalaysia.
Spesies-spesies tersebuta adalah :-
1. Kelah
2. Kelisa
3. Temoleh
4. Keli
5. Bala Shark
6. Betta Chini
7. Betta hipposideros
TGL berharap semua rakan-rakan dapat berkongsi maklumat ini supaya semua spesies ini akan dapat kekal selamanya untuk dikongsi oleh jenerasi akan datang.
Terbitan TGL