Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Friday, January 25, 2013
Cara Memastikan Udang Hidup Bertahan Lama
Tanggal 7/7/2012 ini adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli TGL kerana selepas dua tahun berlalu, sekali lagi TGL akan turun di perairan Rompin. Admin masih ingat lagi kejadian yang telah berlaku dan disinilah terbitnya idea bagi meletakkan logo "Mabokgaban" pada T-shirt TGL.
Kali ini TGL ingin berkongsi lagi maklumat kepada para pemancing terutamanya dilautan tentang bertapa pentingnya untuk mempunyai umpan-umpan yang sentiasa segar sebagai senjata. Bagi pemancing dilaut umpan udang mungkin sudah tidak asing lagi, terutama bagi pemancing yang hobinya mancing didasaran dengan target ikan kakap merah atau GT. Tetapi adakalanya umpan udang hidup yang sudah kita siapkan dari rumah ketika sampai dilokasi sudah banyak yang mati, akibat dari cara yang kurang tepat dalam membawanya.
Udang adalah haiwan "crustacea" yang terkenal sebagai sumber makanan penting bagi hidupan-hidupan laut dan berbagai jenis ikan. Keadaan udang yang masih hidup menyebabkan umpan ini menjadi bergerak – gerak secara asal sehingga lebih menarik ikan pemangsa. Keadaan udang segar ini juga akan menyebabkan ianya lebih disukai ikan. Tips memancing ikan didasar laut adalah umpan yang tepat dan ianya adalah kunci kejayaan pemancing itu sendiri.
Berikut ini beberapa tips yang mungkin boleh digunakan agar umpan udang yang akan kita gunakan sentiasa tetap segar dan hidup pada saat kita sampai dilokasi (udang yang dimaksud disini adalah udang hidup).
1. Masukan 2 bungkus air batu kedalam cool box mariner 35 liter (untuk perbandingan dimensi saja) untuk menjaga suhu supaya tidak terlalu sejuk buat udang.
2. Taburkan daun pisang yang dihiris-hiris 4cm kemudian diremas sampai patah hingga menutupi seluruh dasar cool box beserta air batu.ini bertujuan untuk menahan supaya wap air batu tidak menyentuh udang karana pada keadaan ini udang pasti akan mati jika terkena embun air batu.
3. Sediakan pemisah kira-kira 30 cm supaya terdapat ruang kosong untuk menyimpan suhu ideal buat udang.
4. Tempatkan jaring diatas pemisah tadi.
6. Bagi jenis udang putih, gunakan "aerator" untuk menambah jumlah oxygen didalam air.
Yang paling penting dari semua langkah diatas adalah: belilah udang terus daripda pembekal udang segar yang jaraknya dari lokasi memancing tidak terlalu jauh.
Selamat mencuba
Terbitan TGL