Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Laporan XPDC Pulau Angsa


Seperti yang dijanjikan TGL akan menyediakan laporan XPDC ke Pulau Angsa yang telah menjadi medan pemanas badan sebelum ke Pulau Pemanggil nanti.
Perjalanan kami dimulakan di jeti bagan sungai buluh yang terletak berhampiran dengan pantai jeram. Tepat jam 7:00 pagi semua ahli telah tiba ke destinasi yang ditetapkan dan membuat sedikit persediaan ringkas sebelum menaiki bot yang kami sewa. Suasana pagi yang tenang amat mengembirakan kami semua kerana sebelum ini diberitakan kami bakal berhadapan dengan hujan. Ini disahkan lagi dengan hujan yang tidak berhenti-henti bermula pada petang jumaat sehinggalah subuh. Kedengaran berita bahawa banyak tempat telah ditenggelami air disebabkan hujan yang berterusan.


Semangat giler...nak test pulau angsa.





Tepat jam 8:15 pagi... perjalanan kami bermula dan jangkaan perjalanan ke lubuk yang pertama hanya mengambil masa 30min sahaja.
 

Tidak sampai seminit, terlihat adik dan zul (radio buruk) telah mendapatkan tangkapan yang pertama. Ikan tiga gigi telah menjadi mangsa pertama kami. Tarikan demi tarikan tidak putus-putus kami semua rasai hinggakan nak hisap rokok pun seksa. Aduh..meriah sungguh pagi itu. Ikan tiga gigi, gelama dan pari tuke telah berjaya kami semua naikkan. Setelah jam 12:00 tengahari, kami berpindah ke lubuk kedua. Kata tekong..lubuk tersebut dipanggil tukun tayar dan jika kami bernasib baik senohong dan pari besar bakal kami naikkan.

Seperti biasa aksi yang berlaku disebelah pagi juga berlaku pada lubuk kedua ini. Malangnya kelibat senohong dan pari besar masih juga gagal dikesan. Keadaan ini berterusan hinggalah kami berpindah semula berhampiran lubuk yang pertama tadi.

Tepat jam 4:00 petang, tekong memberi arahan supaya kami bersedia untuk pulang. Ini kerana kelihatan air laut sudah bertukar menjadi kekuningan. Kebiasaanya ikan tidak akan memakan umpan kerana kepekatan air laut sudah berkurangan.



Kami tiba dipengkalan pada jam 5:40 petang kerana jarak diantara lubuk terakhir tadi tidaklah jauh dari pengkalan. Walaupun agak terkilan dengan perubahan keadaan air laut tadi, kami tetap berasa gembira kerana hasil pada aksi pemanas badan ini agak baik.



Setelah mencongak hasil tangkapan, antara 40 ker 45KG ikan bersaiz sederhana telah berjaya kami daratkan. Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan trip kali ini. Jadilah...nah harap lebih-lebihpun susah juga. Nantikan laporan pancing yang lebih menarik lagi bila TGL pulang daripada beraksi di Pulau Pemanggil.

Terbitan TGL