Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Ikan Pilihan - Tenggiri & Tuna

Tenggiri Melayu Scomberomorus commerson
NAMA LAIN: Narrow-barred Mackerel, Spaniards, Tanguigue
JENIS: Scomberomorus Commersoni
UKURAN: 5-15 kg, kadang bisa melebihi 60 kg
REKOR DUNIA: Tidak tercatat
KARAKTER: Merupakan sejenis spesis yang terbaik dalam dunia memancing. Menyambar umpan dengan ganas dan mempertontonkan kegigihan yang dipadukan dengan kekuatan dan kecepatan yang mengagumkan.

Ikan tenggiri bertubuh memanjang, memipih dan tidak bersisik. Muncungnya meruncing, dengan mulut lebar dan gigi-gigi yang tajam dan kuat dirahang atas dan bawah. Panjang muncungnya (snout length) lebih pendek dan ianya bermula daripada hujung kepala bahagian belakang. Badannya ada mempunyai pelbagai jenis sirip dan ini membolehkannya berenang dengan lebih pantas dan cekap.

Ikan Tuna (Tongkol) 
Tuna adalah spesis ikan yang tergolong dalam famili scombridge  Ikan ini adalah perenang handal (rekod:mencapai 77 km/jam). Tidak seperti kebanyakan ikan yang memiliki isi yang berwarna putih, daging tuna berwarna merah muda hingga merah tua. Ini karena otot tuna lebih banyak mengandungi myoglobin daripada ikan lain. Beberapa spesis tuna yang lebih besar, seperti tuna sirip biru (Thunnus thynnus), dapat menaikkan suhu darahnya di atas suhu air dengan aktivitas ototnya. Ini menbolehkan mereka dapat hidup di air yang lebih sejuk dan dapat bertahan dalam keadaan yang pelbagai. Kebanyakan jenis ini bertubuh besar, tuna adalah ikan yang memiliki nilai komersial tinggi.

Terbitan TGL