Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Friday, January 25, 2013
Cara Menggantikan Cincin Joran
Salam sejahtera, pada kali ini TGL akan berkongsi satu lagi teknik yang perlu diketahui oleh semua kaki pancing. Cincin joran, salah satu bahagian terpenting yang terdapat pada sebatang joran. Penjagaan cicin joran dan permantauan berterusan padanya akan memastikan anda tidak akan kecewa semasa bertarung hebat dengan ikan-ikan idaman. Ini kerana ramai diantara kita kurang faham ataupun tidak ambil peduli tentang penjagaanya.
Disini TGL ingin berkongsi pengalaman bagaimanakah cara yang betul untuk menukar sesebuah cincin joran jika ianya sudah rosak ataupun tidak lagi sempurna.
Mengganti cincin joran yang rosak dibahagian pangkal atau ditengah tak semudah seperti yang dihujung. Ini disebabkan sama ada cincin yang berkaki tunggal ataupun berganda kebiasaanya dilekatkan ke batang joran dengan melalui beberapa process. Secara standard, cincin dilekatkan ke joran dengan dibalut benang secara melingkar dan kemudian dilapis epoksi. Namun ada juga cincin yang setelah dibalut benang, terlebih dahulu ditutup dengan sejenis pita perekat sebelum kemudian dilapis lagi dengan epoksi.
Langkah pertama yang harus dilakukan untuk menggantikan cincin joran yang rosak semestinya anda perlu menyediakan cincin pengganti dengan spesifikasi yang sama, atau yang hampir sama bentuknya tetapi pastikan saiznya bersamaan dengan yang telah rosak tadi.Untuk itu, pastikan bawa cincin joran yang rosak ketika hendak membeli cincin yang baru. Jangan lupa, anda juga perlu menyediakan benang pengikat dengan diameter dan warna yang sama.
Untuk menanggalkan cincin joran yang tela rosak, mula-mula hiris terlebih dahulu lapisan epoksi secara melingkar tepat dibatas-batas belitan benang pengikat menggunakan pisau / cutter yang tajam. Kemudian kupas lapisan epoksi yang tertinggal. Akhirnya kupas pita pelekat dan putuskan benang dengan menguraikannya.
Memasang cincin baru dimulai dengan menampalkannya tepat diposisinya semula, menggunakan setitik superglue. Berikutnya lilitkan benang kuat-kuat secara melingkar hingga seluruh kaki cincin joran tertutup rapat. Tutup lagi dengan pita dan terakhir lapisi dengan epoksi, vernis, ataupun cat kuku.
Teknik diatas adalah asas yang perlu diketahui oleh semua kaki pancing, walaupun kedai alatan pancing adalah tempat yang paling sesuai untuk membaiki ataupun menukar cincin joran yang rosak, kalau tengah sesak bolehlah buat sendiri. Jimat... selamat mencuba..
Terbitan TGL