Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Kenali Reel atau Kekili

Sejarah dunia merumuskan bahawa reel pertama dicipta sekitar tahun 1800 dan pada awal tahun1900 syarikat pembuat reel terawal dunia adalah:-
1. Shakespeare  2. Meisselbach  3. Hendryx  4. Montague  5. Pflueger
Terdapat berberapa jenis reel ataupun kekili didalam dunia pemancing, disini TGL ingin mengajak semua sahabat pemancing untuk mengetahui serba sedikit tentang alatan terpenting kaki pancing. Secara asasnya, terdapat 5 jenis reel yang biasanya digunakan, antaranya:-


Spinning Reel - Ianya amat popular dikalangan kaki pancing dan sesuai digunakan dimana sahaja


Bait Casting Reel - Sesuai untuk teknik casting dan boleh melempar upan pada jarak yang mudah dikawal


Spin Casting Reel - Amat popular bagi pemancing baru dan kurang pengalaman


Conventional Reel - Reel yang paling awal dicipta dan amat sesuai digunakan bagi tangkapan ikan gred A

Setelah kita tahu sejarah dan jenis reel, disini TGL ingin membawa pembaca mengenali ciri-ciri penting yang terdapat pada sesebuah reel bagi memudahkan kita semua memastikan reel yang digunakan dijaga dengan baik. Jenis reel yang dipillih untuk panduan semua adalah dari jenis spinning
Spinning Reel

Nama Bahagian Fungsi
Main Shaft                                 Sebagai asas utama
Spool                                 Tempat simpanan tali pancing
Bail Arm                                 Membuka/menutup laluan tali
Line Roller                                 Laluan tali pancing
Drag Knob                                 Pengatur tegangan tali
Anti Reversed Lever                                 Mengatur fungsi stopper
Rotor                                 Sebagai penggulung tali kedalam reel
Drive Gear                                 Gear penggerak utama
Handle                                 Penggerak drive gear
Grip                                 Pemegang/handle
Body                                 Tempat drive gear, sistem kawalan gear

Spool Pada Reel Spinning
Secara asasnya spool berfungsi sebagai tempat simpanan tali pancing. Spool diperbuat daripada berberapa jenis bahan : plastik (ABS), plastik (ABS-Chromed Plated), plastik (Graphite) dan aluminum
Pinion Gear dan Drive Gear
Setiap reel mempunyai drive gear (gigi samping) dan pinion gear (gigi tengah), umumnya diameter pinion gear lebih kecil dibandingkan dengan drive gear dari perbezaan inilah yang dipakai untuk mengira gear ratio. Jika diameter pinion gear semakin kecil, maka semakin sedikit juga kontak permukaannya dengan drive gear dan tenaga yang dihasilkan juga semakin kecil. Jenis bahan pinion gear dan drive gear, antara lain :
1. Zinc, 2. Brass,  3. Aluminium
Body dan Rotor

Secara kebiasaanya body dan rotor diperbuat dari bahan :
1. Plastik (ABS), 2. Plastik (graphite), 3. Aluminium (die casting), kuat dan mahal
Jenis Drag pada Reel Spinning
Drag berfungsi sebagai pengatur tegangan tali pancing semasa memancing. Jenis drag pada reel spinning terbahagi kepada dua:
1. Front Drag (drag depan), lebih menjanjikan hasil yang baik

2. Rear Drag (drag belakang),

Stopping System pada Reel Spinning
Stopping system adalah sistem penguncian pada reel. Stopping system pada spinning terbahagi kepada tiga jenis:
1, Rachet stopping system,
2. Rotor stopping system (multi stopping system),
3. One way stopping system,

Oscillating System pada Reel Spinning
Oscillating system adalah sistem pergerakan spool (naik/turunnya spool). Jenis-jenis oscillating system adalah:

1. Arm oscillating system, merupakan generasi awal dari semua jenis oscillating system.
2. Gear oscillating system, 1.5-2 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.
3. Worm shaft oscillating system, 1.5 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.
4. Super slow oscillating system, 4 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.

Handle Pada Reel Spinning
Jenis handle pada reel spinning antaranya:
Normal handle (handle biasa),One touch handle (handle lipat),Balance handle
Untuk handle arm bahannya terbuat dari : Plastik, & Aluminium

Ball Bearing pada Reel Spinning
Jenis Ball Bearing yang digunakan pada reel spinning, antaranya adalah:
1. Chrome Steel (open type), harganya murah, mudah masuk air, debu dan kotoran.
2. Chrome Steel (double shield/shielded), harganya murah, tapi tidak mudah masuk         air dan kotoran kerena dikedua sisi ball bearing tertutup.
3. Stainless Steel (double shield/shielded), mahal,kuat dan tahan karat serta dikedua     sisi ball bearing tertutup.

Terbitan TGL