Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Umpan Tiruan



Petua menggunakan umpan tiruan adalah memahami aksi dan jenis umpan tiruan yang digunakan dan hendaklah bersesuaian dengan padang pacing itu sendiri.Penggunaan umpan tiruan bergantung kepada spesies ikan yang di buru, keadaan jenis pancing dan kedalaman air mestilah bersesuian. Sama ada jenis terapung (floating) atau tenggelam (sinking) kedua-duanya tetap bagus jika dipadankan dengan keadaan dan suasana yang sesuai. Saiz umpan tiruan turut berkait rapat dengan jenis ikan. Saiz kecil lebih praktikal dibanding saiz besar. Jika terlalu kecil boleh menggugat jarak lontaran. Saiz sederhana dari 5cm hingga 7cm paling banyak mendapat tempat dikalangan peminat casting. Umpan tiruan lebih seronok berbanding perumpun kerana setiap sambaran berlaku ketika joran di tangan.

Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat dan pengetahuan umum tentang umpan tiruan yang kini dikatakan amat praktikal dan mudah untuk digunakan.Umpan tiruan direka menyerupai bentuk-bentuk haiwan air seperti ikan, kodok, udang, dll, yang berfungsi untuk mengelabui atau menarik perhatian ikan-ikan supaya mendekati mata kail. Umpan tiruan ada yang diperbuat dari bahan getah, kayu, fiber, metal, dan bulu-bulu.

Jenis-jenis Umpan Tiruan

Terdapat berberapa jenis umpan tiruan antaranya:


a. Floating Plug
Bibir umpan terbuat dari bahan plastik atau alumunium yang sifatnya ringan, supaya umpan boleh mgengambang di permukaan air. Panjang umpan +/- 3-34 cm, dengan berat +/- 2-100 gram.



b. Sinking Plug
Umpan jenis sinking bersifat berat, supaya umpan boleh tenggelam dalam air. Sinking Plug terdapat dua jenis yaitu: Slow sinker, umpan hanya mencapai pertengahan kedalaman air dan Fast Sinker, umpan tenggelam sampai ke dasar.Panjang umpan +/- 7-34 cm, dengan berat +/- 7-130 gram.

c. Rapping Plug
Umpan hanya mencapai kedalaman pertengahan air, dan bergerak zig zag seperti ikan hidup. Panjang Umpan +/- 4-10 cm, dengan berat +/- 5-27 gram.


d. Popping/ Popper
Umpan berada di permukaan air dan gerakan umpan membuat air memercik. Panjang Umpan +/- 4-34 cm, dengan berat +/- 5-100 gram.

e. Konahead
Umpan yang memiliki skirt yang diperbuat dari bahan getah dan berbentuk seperti sotong serta haiwan lain, dan biasanya digunakan untuk casting.

f. Squid
Umpan diperbuat dari bahan kayu dan plastik dengan mata kail berbentuk seperti payung, dan umumnya digunakan untuk memancing sotong. Panjang umpan +/- 7-11 cm, dengan berat +/- 10-18 gram.

g. Spoon
Umpan diperbuat dari bahan metal, dengan berat yang beragam +/- 14-35 gram. Biasanya digunakan untuk jigging.

h. Spinner
Umpan yang sudah dilengkapi dengan spoon/blade dan bulu-bulu, spoon tersebut akan berputar mengelilingi lure didalam air, sehingga menimbulkan getaran atau dengung suara yang akan membuat ikan-ikan mendekatinya.

i. Flies
Umpan yang dihias dengan bulu-bulu dan direka menyerupai bentuk serangga. Umpan tersebut akan mengambang diatas permukaan air, mirip dengan serangga asli.

Sila rujuk ringkasan dibawah untuk memudahkan anda memilih umpan tiruan yang bersesuian:-

JENIS TEKNIK MEMANCING TEMPAT
LURE Spinning Casting Trolling Jigging Fly MANCING
Floating
ya
ya ya

Laut, sungai
Sinking ya ya ya

Laut
Rapping ya ya ya

Laut, sungai
Popper
ya ya

Laut, sungai
Konahead

ya

Laut
Squid ya ya


Laut
Jig ya ya ya ya
Laut, sungai, danau
Spoon ya

ya
Laut, sungai, danau
Spinner ya ya
ya
Sungai, danau
Flies ya ya

ya Sungai, danau
Udang ya ya ya

Laut, sungai
Kodok ya ya ya

Laut, sungai

Terbitan TGL