Alatan yang dipilih pada minggu ini agak mudah tetapi ianya amat penting
bagi seseorang kaki pancing. Sinker ataupun ladung pemberat, diperbuat
daripada timah dan ianya amat diperlukan untuk menstabilkan umpan yang
diletakkan didalam air supaya umpan kita dapat mengimbangi kederasan
arus. Tidak kira samada kita memancing dilautan ataupun sungai, sinker
amat diperlukan bagi mengelakkan umpan kita terapung dipermukaan air
jika arus yang agak deras berlaku.
Berat
asas bagi sinker adalah sekitar 0.5gram hingga 300gram dan ianya
dikeluarkan didalam pelbagai bentuk serta fungsi. Dua jenis sinker yang
amat lazim digunakan adalah:
1. Sinker berat - digunakan dikawasan berarus deras, teluk dan laut dalam.
2. Sinker pasir - biasanya digunakan dikolam dan sugai.
Cara-cara asas pemasangan sinker
gambarajah diatas adalah berberapa contoh terbaik bagi memasang sinker dan ianya amat berkesan semasa memancing.
Sekian
Terbitan TGL