Tali Pancing / Fishing Line
Pemilihan
tali pancing yang tepat dan betul banyak mempengaruhi hasil pancingan
setiap kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis dan tujuan bagi setiap tali
pancing yang terdapat dipasaran. Minggu ini TGL ingin mengajak
rakan-rakan berkongsi maklumat tentang tali pancing.
Terdapat dua jenis tali pancing dipasaran iaitu main line dan hook line. Penggunaannya
disesuaikan dengan tujuan kita iaitu mencari ikan besar/kecil. Diameternya juga disesuaikan dengan besar kecilnya ikan
yang kita inginkan.
Jenis-jenis tali pancing
Monofilament adalah jenis tali dengan serabut (filament) tunggal,
yang terbuat dari bahan asas nylon. Bahan asas pembuatan tali nylon
ini adalah biji nylon (nylon chips).
Monofilament terbahagi kepada tiga jenis iaitu:-
Nylon Homo-Polymer, merupakan generasi pertama
dari jenis nylon yang diperbuat dari bahan nylon 6. Jenis ini masih
dikeluarkan sehingga kini kerana ia merupakan pilihan yang paling
ekonomi.
Nylon Co-Polymer, merupakan jenis yang
diformulasi khusus untuk mengatasi kekurangan pada jenis homopolymer.
Dengan elongasi (mengganjalan pada ketika ditarik) yang kecil,
kelenturan yang lebih baik dan memiliki kekuatan lebih tinggi dari jenis
nylon homo-polymer. Ianya diblending (dicampur) dari dua jenis
bahan iaitu nylon 6 dan nylon 66. Jenis ini dipelbagaikan lagi kepada:-
1. Extra Strength2. Better Abrasion Resistance3. Softer
Fluoro Carbon, Jenis ini dibuat untuk mengatasi
kelemahan dari jenis bahan nylon.Ianya dibuat dari bahan polyvinyledene
fluoride (PVDF).
Kelebihan tali pancing ini adalah :
a. Indeks bias (Reflexion Index) ianya adalah 1.43 karena
menghampiri indeks bias air iaitu 1.34, jadi penampakan jenis ini lebih
tak terlihat dibandingkan dengan jenis nylon yang memiliki indek bias
1.53.
b. Berat jenis (Bouncy), jenis ini juga lebih cepat tenggelam
daripada jenis nylon dengan kadar beratnya 1.78kg/lt yang lebih berat
daripada berat jenis nylon 1.14kg/lt, (berat jenis air tawar =
1.00kg/lt)
c. Jenis ini tidak banyak menyerap air, sehingga dalam keadaan basah
atau kering sifatnya tidak banyak berubah atau lebih solid.
d. Jenis ini lebih tahan terhadap radiasi ultra violet.
Kekurangan jenis ini adalah :
a. Tenacity (kekuatan tanpa dipengaruhi diameter) carbon lebih kecil
dibandingkan dengan nylon,pada ukuran diameter yang sama,jenis nylon
lebih kuat dibanding dengan fluoro carbon.
b. Kelenturan fluoro carbon kurang cantik dibanding dengan jenis nylon.
c. Perbandingan kekuatan ikat terhadap kekuatan linear oleh jenis
fluoro carbon hanya 60%, dibandingkan dengan jenis nylon yang antara
70% hingga 80%.
d. Harga jenis fluoro carbon jauh lebih mahal dibandingkan dari jenis nylon.
MULTIFILAMENT
Multifilament adalah jenis dengan banyak serabut/filament.
Permukaan jenis ini kasar, tidak sehalus dengan bahan nylon.
Braided, adalah jenis yang memiliki banyak
serabut dan menyerupai jalinan rambut.Diperbuat dari bahan plyethylene
(PE) yang disebut Dyneema. Jenis ini unggul karana keregangannya rendah,
kekuatan jenis lebih baik dan sifatnya menyerap air, tidak
transparansi.
Terbitan TGL