Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Tarikh & Arus

Kali ini TGL ingin berkongsi maklumat tentang pertalian tarikh hijrah dan keadaan arus dilautan samaada dipantai timur mahupun pantai barat. Setelah lebih 5 tahun menggunakan panduan ini setiap kali ingin memilih tarikh beraksi, dengan ini TGL ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian.

12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
- arus deras dan tinggi.
- pasang lebih lama dari surut.
- batu ladung 30 keatas.
- tidak sesuai untuk memancing.

2.Laut pantai timur
- arus mati yang panjang sebelah malam
- surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh
1.Selat dan sungai
- pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
- ikan sensitif pada penglihatan.

26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap
1.Selat dan sungai
- arus mulai besar dengan arus semakin laju
- surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
- air keruh terutamanya waktu surut
- tidak sesuai memancing.

2.Laut pantai timur
- arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
- arus mati tapi pendek sebelah malam
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
- surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
- ikan sensitif pada penglihatan.


Terbitan TGL