Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Daya Ketahanan Joran


Kali ini TGL ingin berkongsi lagi maklumat penting yang perlu kita semua ketahui jika ingin menjadi seorang pemancing yang berilmu. Joran, sebuah alatan asas yang perlu kita perolehi jika kita hendak pergi memancing, ramai diantara rakan pemancing yang pulang kecewa kerana joran mereka patah ketika beraksi dengan ikan yang diidamkan.

Sebuah joran akan melengkung dan membentuk sebuah lencongan jika dibebani pada bahagian hujungnya. Sifat dari aksi joran ini dipengaruhi oleh bahan pembuatannya, ketebalannya, padat atau berongga, besarnya jarak dan jumlah cincin yang dipasangkan padanya serta panjangnya.


Terdapat 3 jenis daya lenturan dan ketahanan sesebuah joran antaranya:-
1. Soft Action (Aksi lembut)
Joran yang dibuat dari pangkal sampai hujung melengkung, direka supaya ianya beraksi lambat sehingga apabila diberi beban ianya akan membentuk kubah parabola yang lebar. Dengan kata lain, kelenturan joran sampai ke bahagian pangkal. Joran model ini banyak digunakan untuk fly fishing dan popular untuk pemancingan di tepi pantai atau tebing.

2. Medium Action (Aksi pertengahan)
Joran yang beraksi pertegahan ini akan melengkung secara progresif dari ujung hingga ke tengah apabila dibebani, namun bahagian pangkal akan mula ikut melengkung apabila sudah mendapat beban dengan berat tertentu. Dengan kata lain kelengkungan joran ini hanya sampai ke bahagian tengah

3. Hard Action (Aksi lambat)
Joran yang beraksi bila dibebani hanya sepertiga hingga setengah bahagian joran yang melengkung secara radikal, Kekerasannya boleh menyebabkan bahagian pangkal tetap lurus dan tidak ikut beraksi. Dengan kata lain, joran hanya melentur dibahagian hujungnya saja. Joran ini sangat popular untuk memancing dengan teknik trolling, jigging dan casting dari atas bot. Manakala joran yang lebih pendek dan kecil sesuai untuk memancing dengan cara spinning.

Terdapat berberapa standard yang digunapakai oleh pengeluar joran dunia antaranaya:-
  • Heavy (berat) dengan daya lenturnya sekitar 7-21 gram
  • Medium (menengah) dengan daya lenturnya sekiitar 4-14 gram
  • Light (ringan) dengan daya lenturnya sekitar 2-7 gram
Secara ringkasnya, TGL mengalakkan semua rakan pancing untuk memilih jenis joran yang bersesuaian dengan lokasi yang bakal anda kunjungi. Ini bagi memastikan anda tidak pulang kecewa.

Terbitan TGL