Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Kenali - Giant Travelly (GT)


Giant Travelly (GT) merupakan salah satu ikan petarung yang tegar, Species ini gemar bersembunyi disebalik karang untuk memutuskan tali pancing. Seperti predator lainnya, Giant Travelly sangat powerfull , ikan ini memiliki stamina luar biasa untuk bertarung dalam jangka waktu yang lama, dan mampu berenang sangat cepat untuk waktu yang lama, dan mampu berenang sangat cepat untuk melepaskan diri dari pancing.

Nama Lain : Masidung, Kuwe, White Ulua (Hawaii)
Jenis : Caranx Iqnobilis
Ukuran : 10-95 Kg
Rekod Dunia : 130 Pounds

Giant Trevally ((GT) atau kuwe merupakan species ikan penghuni laut cetek yang biasanya dijumpai sepanjang tahun. Anda tidak perlu sampai ke tengah laut untuk mencari GT, tapi cukup sekadar mencarinya disekitar perairan yang cetek diwilayah-wilayah yang terlindung dari kegiatan manusia, di mana terdapat banyak karang dan arusnya cukup deras. Di laut cetek dengan kedalaman dalam lingkungan lima meter atau sehingga 100 meter kita akan mampu berjumpa dengan dengan ikan ini dan adakalanya berat yang boleh mencecah sehingga 80kg.

Pemancing modern memakai teknik casting dengan umpan popper berbahan kayu, alumunium, dan polybalsa untuk memburu GT. Bagi yang kurang tahu, teknik mancing dengan umpan popper yang dikenali juga sebagai teknik popping ini berasal dari Austalia.

Terbitan TGL