Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Friday, January 25, 2013
Teknik Jigging diatas bot
Salam sejahtera, kunjungan yang semakin meningkat diblog TGL membuatkan admin berusaha lebih keras untuk mencari bahan-bahan ilmu yang terbaik bagi dikongsi kepada semua pembaca. Kali ini TGL ingin berkongsi satu lagi teknik memancing yang amat popular dinegara-negara maju dunia.
Jigging adalah suatu kaedah memancing yang menggunakan umpan tiruan yang dikenali sebagi "jig". Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu jig jika anda kurang arif tentang fungsinya. Pada kebiasaanya, para jiggers akan menggunakan bot ataupun sampan bagi mencari lubok yang sesuai untuk jigging. Disini TGL ingin berkongsi ilmu jigging diatas bot kepada semua pembaca.
Pada kebiasaannya, jenis jig yang digunakan adalah dari jenis butterfly long hingga ke butterfly flat-side. Berat jig pula pada sekitar 50gram hingga 325gram bergantung kepada kederasan arus dan kedalaman laut.
Langkah-langkah yang betul semasa jigging:-
1. Jatuhkan jig mengikut aliran arus
2. Biarkan jig anda jatuh sehingga mencecah dasar
3. Mulakan menarik jig dengan teknik berikut:-
i) Jenis jig - Regular/flat-side
Rapatkan handle rod anda kebadan, kepitkannya dengan lengan, gulung tali pancing dengan menghenjutkan rod anda keatas dan kebawah. Pastikan jarak antara henjutan keatas dan kebawah didalam lingkungan 10 ~ 20 inci. Henjutan anda perlulah diseragamkan dengan kelajuan gulungan tali pada reel.
ii) Jenis jig - Long
Jika anda menggunakan jenis jig ini, anda cuma perlu menggulungkan tali pancing anda disertakan dengan henjutan keatas dan kebawah secara sekata. Jig jenis ini mudah dikawal walaupun anda hanya seorang jiggers amatur.
Berat jig dan kedalaman air
1, Bagi kedalaman air didalam lingkungan 0 hingga 40meter, berat jig yang diperlukan adalah : 60 ~ 100gram
2. Bagi kedalaman air melebihi 50meter, berat jig yang diperlukan adalan : 200 ~ 325gram.
Terbitan TGL