Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.
Friday, January 25, 2013
Ikan Popular
Kakap Merah
Ikan kakap merah ataupun nama ilmiahnya (Lutjanus campechanus), juga dikenali dengan nama Red Snapper. Ikan kakap merah ini termasuk dalam senar ikan popular para pemancing.Biasanya ikan ini menghuni perairan antara 10-60 meter kedalaman laut.Tempat yang menjadi kegemaran persembunyiannya adalah batu karang, bangkai kapal yang tenggelam dan tukun.
Peralatan mancing yang digunakan untuk memancing kakap merah ini adalah peralatan mancing standard kelas ringan. Dengan Joran kelas 4 kg sampai 8 kg, Tali pancing antara 8 – 20 lbs, Ril spinning (4000), Mata kail 1-7 bergantung kepada saiz perambut yang digunakan.Teknik memancing yang bisa digunakan adalah teknik memancing dasar dengan menggunakan umpan hidup. Karakteristik ikan kakap merah yang sangat kuat akan menambah sensasi strike semasa menewaskanya . Umpan yang digunakan ialah udang, ikan kembung dan selar.
Kerapu
Ikan kerapu ataupun dikenali dengan sebutan “Grouper” berada dalam kelas Actinopterygii. Ikan kerapu terdiri dalam dari beberapa jenis spesies, dan semuanya jenis spesies itu masuk ke dalam golongan family Serranidae. Perbezaan dari setiap spesies dapat dilihat dari warna dan beberapa corak tubuh yang unik dari tiap-tiap spesies. Sebahagian dari spesies ikan kerapu ini merupakan pilihan yang cukup laris dipasaran. Kerapu merupakan jenis ikan yang suka hidup di perairan karang, di antara celah-celah karang atau di dalam gua di dasar perairan.
Terbitan TL