Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Teknik Penggunaan Umpan Tiruan

Faktor kedalaman air dan umpan


Gambar diatas dapat menerangkan kepada para pemancing bagaimana memilih umpan tiruan yang bersesuaian dengan teknik memancing yang digemari dan jenis-jenis ikan yang dicari. 7 jenis yang popular antaranya:
1. Top Water Plug
2. Floating Minnow
3. Suspended Minnow
4. Sinking Minnow
5. Deep Diving Minnow
6. Vibration Plug
7. Metal Jig

Jenis & Teknik Penggunaan
Minnow

Kebanyakan ikan-ikan kecil bermain sebalik karang ketika air pasang dan karang berada didalam air. Ikan besar pendatang biasanya datang ke lokasi ini untuk memakan ikan-ikan kecil ini. Jika lokasi ini agak cetek, dan keadaan air dan karang seperti didalam gambar, penggunaan minnow boleh dilakukan. Umpan yang boleh dilempar pada jarak yang agak jauh dari sasaran dan pilihlah tempat yang lebih dalam daripada target yang hendak dipancing. Dengan cara ini kesan yang akan anda perolehi akan lebih baik.

Top Water ( Popper)


Ketika ikan-ikan kecil dikejar oleh ikan besar dipermukaan, pilih umpan permukaan seperti popper. Mainkan rod dengan hati-hati untuk membuat aksi seolah-olah ikan sedang menerkam mangsa

Vibration

Umpan jenis ini dicadangkan penggunaannya sebagai umpan pencari di air dalam.Ketika spot ikan bermain sukar ditemui, penggunaannya mudah hanya dengan menggulung tali pancing dengan reel.

Metal Jig


Jika ingin casting ke jarak yang lebih dalam dan lebih jauh, metal jig sangat berguna. Metal jig yang bersaiz kecil dapat dilempar dengan sangat jauh dan dapat menyelam lebih dalam dari jig plastik atau kayu. Ikan yang ditarget untuk umpan jenis ini adalah ikan yang bermain di dasar dan pertengahan. Ketika menggunakan jig ini, pemancing harus memainkan rod keatas dan kebawah agar jig dapat bergerak sesuai dengan yang kita inginkan.

Diharapkan berberapa tips diatas dapat membantu para pemancing bagi mendapatkan hasil tangkapan yang lebih baik.

Terbitan TGL