Laman web ini direka khas untuk ahli-ahli Team Gaban Laut yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu keatas setiap aktiviti yang dijalankan. Selama lebih 7 tahun kita telah sama-sama melalui pengalaman suka dan duka, banyak perkara yang dapat kita semua belajar. Terhasilnya laman web ini adalah sebagai menghargai sumbangan semua yang terlibat. Wasallam...

Hubungi: teamgabanlaut@yahoo.com.

Friday, January 25, 2013

Menuba Ikan



Minggu ini TGL ingin berkongsi lagi maklumat tentang dunia penangkapan ikan dinegara kita. Menuba ikan, sesuatu aktiviti penangkapan ikan yang klasik tetapi telah disalah gunakan dewasa ini oleh sesetengah orang bagi mendapatkan hasil tangkapan segera dimana racun "cap tengkorak" telah digunakan segaligus mencemarkan sungai-sungai kita.



Secara tradisional, teknik menuba ikan ini telah digunakan oleh sejak awal lagi. Ianya dilakukan dengan menggunakan sejenis akar daripada tumbuhan yang dikenali sebagai pohon tuba. Akar daripada tumbuhan ini mengandungi sejenis racun yang dikenali sebagai rotenone. Ianya amat sesuai untuk digunakan untuk menuba ikan disebabkan kesannya yang amat perlahan.



Pada kebiasaanya, akar tuba akan diikat serumpun dan hujungnya ditumbuk-tumbuk supaya getah ataupun racun tuba keluar daripadanya. Para penuba akan merendamkan akar ini dikawasan sasaran dan ikan akan mula kelihatan timbul kepermukaan air. Disaat inilah, ikan-ikan yang pening tadi akan dikutip.

Kesan:-
Jika digunakan terlalu banyak, ikan-ikan akan mati dan sukar dipulihkan.

Nasihat
Atas semangat cintakan alam sekitar, dinasihatkan para pemancing tidak sesekali menggunakan teknik ini. Ianya adalah disebabkan aktiviti menuba akan juga membunuh anak-anak ikan sekaligus merosakkan kehidupan persekitaran ditempat aktiviti menuba dilakukan.

Terbitan TGL